Dua maut dalam kemalangan libatkan lima kenderaan

465

Dua maut dalam kemalangan melibatkan sebuah lori yang melanggar empat kenderaan di Jalan Banting-Dengkil, Sungai Manggis di Kuala Langat, pagi tadi. 

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata dua yang maut dalam kemalangan itu dipercayai merupakan seorang ibu dan anaknya.



Beliau berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada kira-kira jam 7 pagi berhubung kejadian dan berdasarkan maklumat awal yang diterima, kemalangan berpunca daripada sebuah lori yang melanggar empat kereta.

“Salah sebuh kereta yang dihempap lori itu dinaiki oleh dua wanita berumur 20an dan 40an serta seorang kanak-kanak perempuan berumur 10 tahun, ketiga-tiganya dipercayai daripada satu keluarga,” katanya.

Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan pada jam 9.45 pagi, namun wanita 40-an serta kanak-kanak itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petuga Kementerian Kesihatan (KKM).

“Seorang lagi cedera di bahagian kaki dan kesemua mangsa dihantar ke Hospital Banting untuk tindakan lanjut,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here