Mitsubishi Triton AT Premium facelift kini di pusat jualan, harga RM135k

308
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) memperkenalkan versi naiktaraf varian Triton AT Premium dengan warna badan White Diamond.
 
Ditawarkan dalam unit terhad, trak pikap tersebut menerima kemaskini penggayaan luaran yang lebih bergaya dan sporty menerusi:
 
 
  • Rekaan pelekat grafik badan eksklusif
  • Set tayar Yokohama Geolander AT G015 bersaiz 18-inci
  • Kemasan warna merah pada bampar depan
  • Visor, bar sport dan wheel arch

Sementara itu, kemas kini pada kabin adalah :

  • Plat scuff
  • Rekaan baharu perehat kepala 

Bagaimana pula dengan harga?, Mitsubishi Triton AT Premium dijual pada harga RM135,900 (tidak termasuk insurans).

Triton menggunakan enjin 2.4-litre MIVEC turbo diesel menghasilkan kuasa 181PS dan tork 430Nm. Trak pikap tersebut turut dilengkapi dengan perakam video (DVR) sebagai standard.



APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here