KAWASAKI KUCHING DIlancarkan Secara Rasmi – EMOS

514

 

Ghee Hua.Co.Sdn .Bhd melakar sejarah apabila dinobatkan sebagai Pengedar Utama KAWASAKI di negeri Sarawak.

Upacara pelancaran rasmi telah dilakukan oleh Dato Sri Abd Karim Rahman Hamzah.

Dato Sri Abd Karim berucap merasmikan pelancaran KAWASAKI KUCHING

Beliau ialah Menteri Pelancongan,Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak dan Menteri Belia dan Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak.

Perasmian KAWASAKI KUCHING juga merupakan perasmian Kawasaki All Star yang ulung di Malaysia Timur dan ketiga di Negara kita.

KAWASAKI All Star melibatkan 4 aspek bisnes iaitu jualan,pameran,alat ganti dan servis, 

Menyingkap sejarah Ghee Hua melangkah ke dunia perniagaan motosikal seawal tahun 1972. syarikat berkenaan mula menjadi rakan niaga MODENAS  semenjak tahun 2000. 

Pengarah Urusan Ghee Hua Co.Sdn.Bhd Mr Frankie Lau Kin Tay

Dan merupakan pengedar sah MODENAS paling lama iaitu 24 tahun di Kuching.

Ghee Hua telah mengorak langkah dengan mempopularkan jenama Kawasaki di Sarawak bermula tahun 2021 iaitu selepas EMOS secara rasmi dilantik sebagai pengedar rasmi Kawasaki di Malaysia.

Dengan wujudnya Pengedar jenama Kawasaki di Kuching,ianya merupakan satu inisiatif yang membantu dalam aspek pembangunan komuniti permotoran dinegeri Sarawak khususnya.

Pemilik dan peminat motosikal tidak terbatas usianya.Beriadah dengan motosikal merupakan suatu aktiviti yang sihat.



Ianya juga mendekatkan kita dengan pelbagai golongan masyarakat,bangsa dan ugama, demikian ucapan beliau sewaktu merasmikan KAWASAKI KUCHING di bawah Syarikat Ghee Hua Co.Sdn.Bhd pengedar rasmi jenama Kawasaki di Sarawak.

Turut hadir di upacara perasmian tersebut ialah CEO EMOS Roslan Roskan,CMO George Kashiwagi,Pengarah Ghee Hua Co.Sdn.Bhd Frankie Lau Kin Tay dan Kevin Law Kin Hin.

Premis KAWASAKI KUCHING terletak di Seksyen 54,Jalan Petanak, Kuching.Orang ramai boleh kunjungi ruang pameran KAWASAKI KUCHING bagi melihat model Kawasaki tekini.

 

Galeri:-

 

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here