Malaysia Autoshow 2023: CFMOTO XO PAPIO harga dijual bermula RM8,888

1337

CFMOTO Malaysia melancarkan motosikal ‘Fun Bike’ baharunya menerusi XO PAPIO yang menerapkan reka bentuk cafe racer.

CFMOTO XO PAPIO ditawarkan dengan tiga warna membabitkan Nebula White, Fiery Red dan Moss Green yang boleh didapati di pengedar sah CFMOTO di seluruh Malaysia pada pertengahan bulan ini.

Untuk ketenangan minda, CFMOTO XO PAPIO diberi jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu). Harganya dijual bermula RM8,888.



Ini ciri menarik yang anda perlu tahu tentang XO PAPIO

  • Padanan lampu LED penuh dengan kecerahan 5 kali lebih tinggi dari PAPIO versi terdahulu. Pencahayaan yang lebih baik membantu penunggang untuk menunggang dengan lebih yakin dan selamat terutamanya pada waktu gelap atau semasa cuaca buruk. 
  • Datang tempat duduk dengan rekaan terpisah antara pembonceng dan penunggang untuk mengelakkan dari tergelincir. Selain itu juga, ia membolehkan pembonceng mempunyai pandangan yang lebih baik tentang jalan di hadapan. 
  • Motosikal ini juga menggunakan bar hendal dengan susun atur yang dioptimumkan dan dilengkapi dengan pencahayaan lampu latar, meningkatkan kemudahan penggunaan.
  • Mempunyai meter kelajuan berbentuk bulat tampak ringkas dengan paparan analog dan digital.
  • Menggunakan enjin satu silinder penyejukan udara 126cc, mampu menghasilkan kuasa sehingga 9.4Hp pada 8,500rpm dan tork maksimum 8.3Nm pada 6,500rpm. Selain itu juga, enjin motosikal ini menggunakan suntikan bahan api. Padanan gear enam kelajuan manual.
  • Mini Bike ini disertakan ABS dwi-saluran. Ia memberi tindakan balas pantas yang boleh menghalang roda daripada mengunci dan kehilangan cengkaman semasa brek kecemasan, seterusnya meningkatkan keselamatan ketika menunggang. 
  • Dari segi suspensi pula, XO PAPIO menggunakan fork terbalik dengan kestabilan yang dipertingkatkan dan berat unsprung yang lebih ringan. Penyerap kejutan tunggal pula digunakan pada suspensi belakang yang menghasilkan pengendalian dan kestabilan yang lebih baik. 
  • Walaupun bersaiz mini, aspek keselamatan pada motosikal ini tidak diabaikan kerana XO PAPIO hadir dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) di saluran hadapan dan juga belakang. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here