Pemilik kongsi minyak enjin Kawasaki ZX-25R SE ‘leaking’

5339

Seorang pemilik terawal Kawasaki ZX-25R SE, Roger berkongsi di media sosial berlaku kebocoran pada bahagian enjin.

Dia menyedari kejadian itu sehari selepas penyerahan motor. Jelasnya odometer sportbike 4-dapur miliknya itu hanya mencecah 100km. 



“Esoknya saya nampak minyak pada bahagian enjin. Bila periksa penutup minyak rupanya tak ketat, saya boleh pulas dan buka dengan mudah menggunakan tangan sahaja. 

“Pihak pengilang tidak mengetatkan komponen tersebut dengan betul, perlu tingkatkan lagi bahagian kawalan kualiti,” jelasnya.

Bagaimanapun, Roger menjelaskan dia tidak menunggang motor berkenaan dan diparkir di rumah selama tiga hari.

Pulang dari Johor Bahru, Roger mencuci dan menambah minyak enjin tersebut lalu mengetatkan semula penutup minyak. 

“Saya lakukan semuanya sendiri, selepas itu saya menunggang ke Shah Alam bertemu rakan.

“Tetapi ketika ingin mencuba barang percuma bobbin stand paddock yang diberikan Kawasaki, barang itu tak ngam bila nak pasang. Saiz tak betul, kelakarlah..,” katanya dihubungi Motoqar.

Bagaimanapun, Roger menolak dakwaan melenjan ZX-25R tersebut selepas menerima kunci sportbike tersebut.

“Motor baharu, saya tak lenjan, kali pertama saya bawa sampai 6,000rpm sahaja dengan kelajuan 80 hingga 90kmj,” jawabnya. 

Sementara itu, EMOS telah dimaklumkan tentang kebocoran minyak enjin tersebut dan akan mengambil tindakan lanjut. Manakala isu saiz bobbin yang tidak sepadan, EMOS telah menggantikan dengan baharu. 

“Bobbin itu diberi khas buat 100 pengguna awal ZX-25R SE dan pihak Kawasaki dah gantikan dengan baharu bagi unit yang tidak sepadan.

“Isu Roger juga kami akan selesaikan,” katanya.  

Bagi pelanggan yang mengalami masalah atau ingin mendapatkan bantuan servis boleh kunjungi pusat jualan Kawasaki berhampiran.

@drrogerrcmoto

 

♬ original sound – Dr. Roger

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here