Chery Malaysia bakal lancar empat SUV, satu daripadanya adalah EV

302

Selepas melancarkan Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro tahun ini, Chery Malaysia dijangka akan membawa masuk lagi empat model SUV untuk pasaran tempatan.

Pengeluar automotif China itu tidak lagi berahsia dari segi perancangan mereka dalam meluaskan rangkaian produk baharu yang dijangka akan merancakan lagi dalam industri automotif tempatan.

Tiga model SUV baharu bakal dilancarkan membabitkan Omoda 9, Jaecoo 7 dan 8, selain satu kenderaan elektrik iaitu Omoda 5 EV. 



Omoda 9

Jika anda melihat gambar di atas, ya anda tidak silap, ia adalah Exeed RX. Namun, buat beberapa negara, SUV Omoda 9 ini diberi nama lain iaitu Exeed RX.

Exeed sebenarnya satu lagi sub-jenama Chery, tetapi menghasilkan kenderaan yang mana model itu lebih mewah dengan dimensi panjang (4,775mm), lebar (1,920mm), tinggi (1,617 mm) serta jarak roda mencecah 2,800 mm.

Dipadankan dengan enjin empat silinder sebarid 2.0 liter turbo yang menyalurkan kuasa maksimum 245hp dengan tork setinggi 385 Nm. 

Kuasa itu disalurkan ke transmisi automatik tujuh kelajuan DCT dan dikatakan ia mampu memecut sehingga 200km/j.

Ruang dalamannya didatangkan skrin infotaimen 12.3 inci, sistem pembesar suara Sony, USB-C, tempat duduk larasan elektrik, roda stereng balutan kulit, bumbung suria panorama.

Dari segi ciri keselamatan dilengkapi lapan beg udara, TPMS, AEB, ESP, kawalan jelajah, lampu utama automatik dan Auto Hold.

Jaecoo 7

Selain Exeed, Chery mempunyai sub-jenama lain dibawahnya iaitu Jaecoo. Dari segi reka bentuk, Jeacoo lebih kepada karakter yang lebih kasar dan tegap. 

Karakter luaran yang paling jelas adalah model itu menggunakan bilah jeriji menegak kemasan krom. 

Dari segi dimensi, panjangnya mencecah 4,500mm, lebar (1,865mm) dengan ketinggian (1,680mm), selain jarak roda adalah 2,650mm. 

Rangkaian kuasanya, ia menggunakan enjin empat silinder sebaris 1.6 liter turbo yang menyalurkan 183hp dengan tork setinggi 275Nm.

Dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan yang dikatakan mampu memecut 210km/j. 

Bahagian dalamannya mempunyai skrin tengah 14.8 inci, enam pembesar suara Sony, sokongan arahan suara, bumbung panorama, sistem pendingin hawa dua zon automatik

Ciri keselamata pula dilengkapi enam beg udara, amaran pra pelanggaran, kawalan jelajah, fungsi ADAS L2.5+.

Jaecoo 8

Dari segi rekaan jeriji, ia kelihatan sama dengan Jaecoo 7, tetapi dimensinya lebih besar, lebar dan tinggi. Ia mempunyai panjang mencecah 4,815mm, lebar (1,924mm) dengan ketinggian (1,710mm), selain jarak roda adalah 2,800mm. 

Enjinnya juga lebih berkuasa dengan menggunakan 2.0 liter turbo dengan 245hp dan tork mencecah 385Nm. 

Dipadankan dengan transmisi klac berkembar tujuh nisbah kelajuan, tetapi kelajuan maksimum hanya 200km/j iaitu kurang 10km/j berbanding Jaecoo 7.

Model berkenaan juga mempunyai pembesar suara Sony, tetapi jumlah lebih banyak iaitu 12 atau 14 unit. Selain itu, dilengkapi skrin infotaimen 12.3 inci, dengan meter kluster 12.3 inci, upholsteri kulit, bumbung kaca panorama dan tempat duduk larasan elektrik.

Ciri keselamatan, beg udara lebih banyak iaitu 10 unit, ADAS, sistem pemantauan tekanan tayar (TPMS), sistem pemantauan keadaan pemandu (DMS), brek kecemasan autonomi (AEB).

Omoda 5 EV

Ini adalah kenderan elektrik pertama jenama Chery yang akan dilancarkan untuk pasaran Malaysia. 

Dari segi reka bentuk, ia kelihatan sama dengan Omoda 5 yang menggunakan versi enjin pembakaran biasa. 

Cuma kenderaan ini, menggunakan motor elektrik tunggal pacuan roda hadapan. Ia memiliki kuasa 201hp dengan tork setinggi 340Nm.

Sekali cas, ia boleh dipandu sejauh 450km dengan kitaran WLTC dengan kelajuan maksimum hanya 170km/j. 

Dari segi keselamatan, kenderaan itu menerima penafaran lima bintang NCAP selepas dilengkapi enam beg udara serta dilengkapi ciri ADAS Tahap 2.5.

Bila model itu akan dilancarkan? Apa yang Chery Malaysia maklumkan, Omoda 5 EV Jaecoo 7, 8 dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan manakala Omoda 9 bakal diperkenalkan pada 2025.

Buat masa ini, tiada butiran lengkap dari segi berapa harga yang akan dijual bagi model berkenaan. Pilihan Motoqar adalah Omoda 9, anda pula bagaimana? 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here