Benjamin Nagel dilantik sebagai CEO BMW Group Malaysia, berkuat kuasa 1 Januari ini

128

BMW Group AG melantik Benjamin Nagel selaku Pengarah Urusan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif BMW Group Malaysia yang baharu berkuat kuasa pada 1 Januari 2024.

Pelantikan Nagel akan membuka satu lembaran baharu dalam sejarah kepimpinan syarikat ini, mengambil alih tugas Hans de Visser yang akan menjawat peranan baharu di luar organisasi BMW Group.

Berbekalkan pengalaman melebihi 20 tahun dalam BMW Group bagi jenama BMW dan MINI, Nagel bersedia untuk berkongsi kepakaran dan daya inovasi beliau yang luas menerusi tugas baharunya.



Selepas berkhidmat sebagai Ketua Urusan Niaga bagi BMW Group South Africa sejak 2020, yang didahului dengan peranannya di BMW AG Berlin sebagai Ketua Urusan Niaga pada 2018, Nagel mempamerkan kewibawaan dengan menerajui inisiatif rintis yang berjaya membawa pengeluar kenderaan premium ini ke aras yang lebih tinggi.

Sementara Nagel bersiap untuk menggalas tanggungjawab kepimpinan di Malaysia, BMW Group Malaysia kekal komited ke atas pertumbuhan dan kejayaan berterusan industri automotif negara. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here