OMODA kerjasama dengan Universal Pictures untuk filem Wicked

20

OMODA, jenama di bawah Chery, mengumumkan kerjasama dengan Universal Pictures bagi pelancaran filem terbaru berdasarkan muzikal pentas blockbuster, Wicked. 

Dalam kerjasama ini, OMODA menampilkan dua balutan kereta khas (special car wrap) bertemakan filem Wicked iaitu, edisi OMODA E5 Green Witch dan edisi OMODA 5 Pink Witch. Balutan seni khas ini menampilkan kedua-dua watak utama, Elphaba dan Glinda. 

Kerjasama antara OMODA dan Universal Pictures dapat memberikan pengalaman dan kenangan yang tidak dapat dilupakan kepada peminat Wicked dan automotif.



Baca juga artikel berkaitan

>> Chery Tiggo 7 vs Omoda 5, SUV mana yang sesuai untuk anda?

Filem Wicked menerima arahan pengarah terkenal Jon M Chu, dengan menampilkan barisan pelakon terdiri daripada pemenang Anugerah Emmy, Grammy, dan Tony serta calon Oscar Cynthia Erivo sebagai Elphaba, seorang wanita muda berkulit hijau yang sering dipinggirkan. 

Manakala, bintang global dan pemenang Anugerah Grammy, Ariana Grande memainkan watak Glinda, seorang wanita muda yang popular dan dipenuhi dengan keistimewaan. 

Baca juga artikel berkaitan

>> Chery Tiggo 7 vs Omoda 5, SUV mana yang sesuai untuk anda?

Mereka menjalin persahabatan yang tidak dijangka dan pengembaraan luar biasa mereka di Oz akhirnya mereka ditakdirkan sebagai Glinda the Good dan Elphaba the Wicked Witch of the West. 

Filem muzikal ini turut dibintangi oleh pemenang Oscar pertama Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh, ikon filem Jeff Goldblum, pemenang Anugerah Olivier dan calon Anugerah Emmy, Jonathan Bailey serta pemenang Anugerah Emmy untuk empat kali, Peter Dinklage. 

Di Malaysia, orang ramai juga boleh melihat dan mengambil gambar dengan kenderaan edisi OMODA 5 Pink Witch yang akan dipamerkan di TGV Pavilion Bukit Jalil dari 28 November hingga 11 Disember 2024. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here