Miliki pelbagai koleksi antik termasuk motor dan kereta, Zai Am tak tergoda tawaran RM 1 juta

204

Pernah ditawarkan jutaan ringgit supaya melepaskan lebih 10,000 koleksi barang antik dikumpul sejak 35 tahun lalu, namun Zainal Amri Ramli tidak pernah tergoda dengan tawaran itu kerana kepuasan mengumpul barangan berkenaan mengatasi segalanya.

Malah, jurudawai elektrik berusia 62 tahun yang mesra disapa Zai Am itu sanggup menyediakan ruang khas di kediamannya bagi menyimpan semua barang antik. 



Zai Am turut memiliki koleksi antik basikal, motosikal, kereta bahkan alat ganti kereta api. 

“Belum lagi cerita bab kereta lama seperti Austin Baby 850, MorrisMinor, Wolseley Hornet dan Sunbeam Rapier. Barangan ini semua punya kenangan tersendiri yang tak mampu dibeli dengan wang ringgit,” jelasnya.

Katanya, barang paling mahal pernah dijual ialah motosikal Lambretta pada awal 2000 dengan harga RM10,000 kepada seorang peminat tegar vespa itu.

Koleksi barang antiknya merangkumi pelbagai jenis daripada jam dinding, senjata perang Melayu lama, tembikar, perkakas makanan dan minuman serta gitar.

“Ada antara barang itu saya masih sayang iaitu gitar zaman 50-an hingga 90-an seperti Ibanez, Elk,Fender, Kramer, Hofner dan sebagainya.

“Apa yang saya nampak, barang antik ini mempunyai nilai sentimental tersendiri bersifat subjektif yang sukar kita tafsirkan kerana lain orang, lain pula pandangan atau pendapat,” katanya.

Namun, Zainal Amri menjelaskan dia tidak menolak menjual jika ada individu yang benar-benar mahu memiliki koleksinya bergantung kepada mutu barangan, usia, permintaan semasa dan pasaran.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here