“73 masalah, Proton belum selesai 54,” pemilik S70 kongsi kereta bermasalah sehari selepas terima

1621
Seorang pemilik Proton S70 berkongsi senarai masalah yang dihadapi sebaik menerima sedan segmen-C tersebut.
 
Perkongsian Amirul Faiz menerusi grup paultan.org Automotive/Car Discussion Group itu menyatakan S70 miliknya mengalami isu defek sehari selepas menerima kenderaan pada perbatuan 300km.
 
Berdasarkan perkongsian tersebut, Amirul menyatakan sehingga kini S70 miliknya merekodkan 73 masalah yang mana Proton belum menyelesaikan 54 isu.  
 
Dia yang menerima kenderaan pada 2 Februari lalu menjelaskan menghantar kereta ke pusat servis pada 5 Februari lalu. 
 
“Jumlah hari ke pusat servis (lokasi beli) adalah 15 hari dan jumlah hari ke ibu pejabat Proton sehari manakala ke kilang Tanjong Malim selama 15 hari,” tulisnya.
 
Awalnya, S70 pemuda tersebut merekodkan 33 masalah ketika di hantar ke kilang Tanjong Malim, kemudian isu defek semakin bertambah menjadi 69 masalah pada 17 Mac lalu. 

SENARAI MASALAH MAJOR

Berikut senarai kerosakkan major yang dihadapi oleh S70 miliknya :
  1. Rek stereng rack/absorber
  2. Enjin terlalu bergegar (disahkan oleh SC, tidak normal berbanding S70 lain, bergegar selepas dipulangkan oleh Proton Tanjung Malim)
  3. AEB/brek secara tiba-tiba, auto brek semasa selekoh. Penjelasan CRM adalah pemilik yang tekan brek kerana sistem tidak log sebarang info dalam EDR
  4. IHU hang tidak dapat tukar mod/buat apa-apa pada skrin
  5. Pad brek berbunyi nyaring : Proton Tanjung Malim dah tukar pad dan cakera brek selepas kesan spot overheat
  6. Air-cond bunyi bubbling kuat : Proton Tanjung Malim dah tukar o-ring, piping, condensor & topup coolant spare tank sampai maksimum
  7. Bunyi knocking metal kuat setiap kali compressor mula jalan
  8. Low gear mula-mula jalan bunyi sangat kuat compared dengan S70 test drive – disahkan oleh SC, pinjam test drive unit untuk comparison
  9. Powertrain missing next service mileage semasa di Proton Tanjung Malim, mileage tidak berjalan tapi next service mileage tinggal 776km – HQ suruh ke SC buat service 10,000 pada mileage 9,400 dengan kos tanggungan owner sendiri untuk mengelakkan masalah warranti kemudian hari.
  10. Kereta susah start, remote start pun tak boleh. Tiada maklum balas daripada pihak HQ/SC bila dalam keadaan kecemasan tersadai di R&R.
  11. Auto-hold gear tak engage walaupun dah tekan brake dan fullstop, kereta masih rolling ke depan, simbol P hijau tidak menyala

Jelas Amirul, perjumpaan terakhir bersama pihak Pengurusan Perhubungan Pelanggan (CRM) di ibu pejabat Proton adalah pada 18 Mac lalu.

“Tarikh pengambilan kereta untuk rektifikasi ditukar ke 16 April kerana PIC masih bercuti pada 15 April. Buat sementara waktu Proton sarankan boleh drive dulu kereta di jalan raya sehingga rektifikasi dibuat,” jelasnya. 
 
Bagaimanapun, dia menjelaskan Proton S70 tersebut menawarkan pemanduan yang memuaskan bahkan rekaan yang sedap mata memandang.
 
“Kepada owner/bakal pembeli, bolehlah menilai. Nak beli Civic/Arteon masih tak mampu, jadi saya ukur baju di badan sendiri.
 
“Kemampuan membeli Proton S70 ni bukan hanya kemampuan membayar ansuran bulanan, kesilapan saya tidak mengambil kira kemampuan dari segi masa untuk berulang alik ke SC. Ingatkan beli kereta kuranglah berkampung di bengkel,” tulisnya. 
 


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here