PROTON DX Perkasa Pembelanjaran STEM di Malaysia

62

Bagi memupuk minat dan meningkatkan pemahaman mengenai STEM, PROTON DX, satu inisiatif pembangunan dari ACO Tech dengan kerjasama PROTON dan China Construction Bank (CCB), mengumumkan ketersediaannya sebagai platform pembabitan komuniti untuk penerokaan STEM. 

Berusia hampir satu tahun sejak pelancaran, PROTON DX adalah pusat digital automotif pertama di negara ini yang menawarkan gabungan teknologi interaktif, riadah, dan elemen gaya hidup. 

PROTON DX berhasrat untuk menjadi pusat pembelajaran automotif dan teknologi untuk semua peringkat umur, termasuk sebagai platform untuk mencetuskan minat terhadap STEM di kalangan generasi muda. 



Sejak dibuka pada Jun 2023, PROTON DX sudah menganjurkan dan menjalankan beberapa inisiatif untuk memupuk minat terhadap STEM di kalangan minda muda. 

Antara inisiatif oleh PROTON DX adalah Bengkel Kereta Robotik Pelajar bulanan yang menyasarkan pelajar sekolah menengah. 

Ketua Pegawai Eksekutif ACO Tech, Li Pu berkata, kepentingan STEM untuk pembangunan sebuah negara tidak boleh dipandang remeh.

Menurutnya, pihaknya menyokong penuh semua usaha untuk membangunkan modal insan dalam bidang STEM dan mengisi jurang kemahiran serta memperkenalkan literasi teknologi kepada tenaga kerja masa depan.

“Ini adalah satu motivasi di sebalik pembukaan PROTON DX. Pusat ini menjadi platform untuk aktiviti berkaitan STEM sejak pembukaannya, sama ada sebagai penganjur atau ruang acara, untuk peminat dari semua peringkat umur untuk belajar dan mengalami.

“Menghampiri ulang tahun pertama tahun ini, PROTON DX akan meneruskan inisiatif untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pengetahuan teknologi rakyat Malaysia,” katanya.

Bagi memaksimumkan kemudahan yang ditawarkan, PROTON DX terbuka untuk berkolaborasi dengan syarikat-syarikat tempatan yang mencari platform untuk mengadakan program dan bengkel bagi mempromosikan kesedaran dan pendidikan STEM di kalangan golongan muda Malaysia, serta aktiviti-aktiviti lain yang direka untuk menyatukan komuniti tempatan. 

PROTON DX juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung dari semua peringkat umur untuk menikmati lawatan yang berinfomasi ke pusat itu. Pengunjung dapat mempelajari teknologi dan produk yang dihasilkan oleh ACO Tech, dan mengalami aktiviti interaktif yang terdapat di PROTON DX seperti Kokpit Virtual, pemanduan maya dalam sebuah kubah seperti teater tertutup yang dibina khas untuk mengalami mobiliti pintar.

PROTON DX juga mampu memodelkan pengalaman kabin maya khusus untuk rakan kongsi dalam pameran perdagangan seperti E-Mobility Asia. 

Pusat ini, yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur, mempunyai ruang seluas lebih 5,000 kaki persegi yang boleh memuatkan kira-kira 40 tetamu dengan selesa pada bila-bila masa, termasuk ruang VIP peribadi yang dilengkapi dengan TV 86 inci untuk tujuan mesyuarat. 

Ia dibuka setiap hari bermula dari 10:00 pagi hingga 10:00 malam dan terletak di Aras Bawah (Ground Floor), Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Untuk program kolaborasi, sekolah, universiti, perniagaan tempatan, dan rakan kongsi yang berpotensi, boleh menghubungi melalui protondx@acotech.my atau halaman Facebook atau Instagram mereka. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here