Proton rasmi memperkenalkan S70 ke pasaran tempatan menerusi empat pilihan varian pada harga serendah RM74,000.
S70 dilengkapi enjin 1.5 liter turbo 3-silinder yang menghasilkan kuasa 150PS @ 5,500rpm dan tork 226Nm @ 1,750-4,000rpm. Ia kemudian dipadankan dengan kotak gear dual klac 7-kelajuan bersama mod manual.
Di samping itu, Proton turut menawarkan empat pakej aksesori buat pembeli S70 merangkumi :
- Aerokit (RM3,130) : Skirting depan, sisi, belakang dan duck spoiler
- Premium (RM2,660) : Tray but, karpet gegelung, plat scuff pintu, visor pintu, perakam video digital (DVR), lampu lantai dan Proton X Watch
- Urban (RM1,020) : Visor pintu, perakam video digital (DVR) dan lampu lantai
- Utiliti (RM455) : Tray but, karpet gegelung dan plat scuff pintu
Bagaimanapun, bagi 3,000 pembeli pertama dan mendaftarkan kenderaan sehingga 29 Februari 2024 akan menerima pakej aerokit, baucar servis bernilai RM500 dan naiktaraf program insurans Proton.
Berminat miliki sedan segmen-C Proton ini?. Di bawah, kami kongsikan kiraan kasar ansuran bulanan S70 yang didapati dari laman web Proton.
Pengiraan bulanan adalah berdasarkan pinjaman sewa beli selama sembilan dan lima tahun bersama deposit 10 peratus serta kadar faedah 3.5 peratus.
VARIAN 1.5T EXECUTIVE : RM73,800
Untuk varian terendah Executive, pelanggan perlu menyediakan deposit sebanyak RM7,380. Berikut anggaran ansuran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh pemilik:
- 9-tahun: RM808
- 5-tahun: RM1,300
VARIAN 1.5T PREMIUM : RM79,800
Untuk varian Premium, pelanggan perlu menyediakan deposit sebanyak RM7,980. Berikut anggaran ansuran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh pemilik:
- 9-tahun: RM874
- 5-tahun: RM1,406
VARIAN 1.5T FLAGSHIP : RM89,800
Untuk varian Flagship, pelanggan perlu menyediakan deposit sebanyak RM8,980. Berikut anggaran ansuran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh pemilik:
- 9-tahun: RM984
- 5-tahun: RM1,582
VARIAN 1.5T FLAGSHIP X : RM94,800
Untuk varian Flagship X, pelanggan perlu menyediakan deposit sebanyak RM9,480. Berikut anggaran ansuran bulanan yang perlu dikeluarkan oleh pemilik:
- 9-tahun: RM1,038
- 5-tahun: RM1,670
Pemilik Proton S70 bakal menikmati tawaran pakej standard merangkumi :
- Waranti 5-tahun tanpa had perbatuan
- Enam kali caj buruh percuma
- Data pakej 1GB/bulanan selama 5-tahun
- Kadar faedah kewangan bermula dari 2.34 peratus
- Program insurans Proton