S70 terima 1,200 tempahan dalam tempoh sebulan

899

Sejak pembukaan tempahan 1 November sehingga sehari sebelum pelancaran, Proton menerima 1,200 unit tempahan S70.

Naib Presiden Jualan dan Selepas Jualan Proton Edar, Edmund Lim Meng Thong berkata berdasarkan tempahan tersebut varian Flagship dan Premium paling mendapat sambutan.



“Dianggarkan sekitar 40 peratus disumbangkan kedua-dua varian berkenaan dan 20 peratus adalah Flagship X. Mungkin permintaan untuk varian tersebut akan meningkat selepas pengumuman tawaran kit badan pada varian Flagship X.

“Kami juga menyasarkan jualan 5,000 unit S70 sehingga hujung ini,” katanya pada majlis sidang media pelancaran S70.

Selain itu, Proton juga menyediakan stok alat ganti yang mencukupi sekiranya memerlukan misalnya kemalangan dan insiden tidak diingini.

Proton S70 menerima penafaran 5-bintang bagi Asean NCAP yang ditawarkan menerusi empat pilihan varian iaitu Executive, Premium, Flagship dan Flagship X.

Sedan segmen-C yang disasarkan buat belia lewat 20-an hingga 30-an, bujang mahupun keluarga kecil itu menggunakan enjin 1.5L turbo 3-silinder yang menghasilkan kuasa 150PS dan tork 226Nm bersama transmisi dual klac 7-kelajuan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here