
Anda pandu kereta pacuan roda depan. Kawan anda pun sama pandu kereta pacuan roda depan.
Ia merupakan satu pemandangan yang biasa sejak dunia beralih daripada pacuan roda belakang pada lewat 70-an dan 80-an.
Untuk orang biasa macam kita, sudah pasti tidak berdepan masalah untuk membawa kereta tersebut. Namun tidak bagi insan seperti Max Verstappen.
Dalam satu video yang dimuat naik menerusi saluran YouTube Ford Performance, Max yang duduk di sebelah Chris Harris tidak segan silu menyatakan “kereta pacuan roda depan membosankan.”
“Bagi saya, ia seakan anti-memandu. Saya juga memandu sekali sekala menggunakan simulator. Ia seperti perkara yang paling teruk berlaku.”
Mungkin sekali kenyataan Max ini bakal membakar jiwa para peminat hot hatch seperti Civic Type R dan Golf GTI.
Namun di penghujung hari, ia adalah tentang pendapat dan kemahuan peribadi, dan yang paling penting kita sebagai pemandu dapat menikmati pengalaman yang menyeronokkan tanpa mengira apa jua jenis pacuan yang dibekalkan.