Formula One (F1) di Jeddah jadi tanda tanya selepas loji minyak diletupkan

738

Formula Satu (F1) yang akan berlangsung di litar Jeddah, Arab Saudi menjadi tanda tanya selepas sebuah loji minyak dibom.

Letupan loji minyak tersebut merupakan serangan kali kedua yang didakwa dilancarkan oleh pemberontak Houthi di Yemen menggunakan peluru berpandu, sehingga mengenai Loji Pukal Jeddah Utara yang terletak hanya 19 kilometer ke tenggara litar tersebut.



Misil tersebut menyebabkan letupan yang sangat kuat sehingga dapat dikesan pada kamera pemuka pemandu Ferrari, Carlos Sainz.

Selain itu, letupan kuat itu memaksa bintang F1 termasuk Lewis Hamilton, Max Verstappen dan Charles Leclerc menghentikan sesi latihan.

Serangan itu mendorong permulaan sesi latihan kedua ditangguhkan selama 15 minit untuk perbincangan tergempar bersama Presiden Formula 1, Stefano Domenicali mengenai sama ada perlumbaan akan diteruskan atau sebaliknya.

Menurut akhbar Daily Mail, pihak F1 masih menunggu maklumat lanjut daripada pihak berkuasa sebelum memutuskan sama ada tindakan susulan berhubung perlumbaan esok.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here