Marshal F1 dipecat selepas tweet ‘harap’ Lewis Hamilton kemalangan

1194

Seorang marshal Formula Satu (F1) yang dijadualkan bekerja di Grand Prix Jeddah, Arab Saudi dilaporkan dipecat selepas memuat naik satu tweet di Twitter.

Menerusi ciapan tersebut dia ‘berharap’ Lewis Hamilton mengalami kemalangan serupa seperti Romain Grosjean yang terlibat dalam kemalangan ngeri di Grand Prix Bahrain (2020).



Lelaki berkenaan sering berkongsi video berkaitan sukan berkenaan termasuk pitstop AlphaTauri dan beberapa siri gambar trofi yang diedarkan pada musim ini.

Bagaimanapun, dia kemudiannya memuat naik status membuat permohonan maaf kepada Hamilton dan mendedahkan menarik diri daripada perlumbaan Ahad di litar Jeddah.

“Saya memohon maaf kepada Persekutuan Sukan Permotoran dan Motosikal Saudi,” ciapnya di Twitter.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here