Ketua jurutera Ukraine tenggelamkan kapal layar mewah individu penting Rusia

2024

Bertugas sebagai ketua jurutera di sebuah kapal layar mewah seperti Lady Anastasia mungkin diidamkan ramai orang.

Taras Ostapchuk, 55 memikul tanggungjawab berkenaan melebihi sedekad bagaimanapun semuanya berubah pada 26 Februari lalu.

Taras Ostapchuk

Ketika kapal setinggi 156 kaki itu merentasi pulau Sepanyol, Mallorca di lautan Mediterranean, Ostapchuk melihat berita serangan peluru berpandu Rusia di sebuah apartmen yang terletak di Kyiv, Ukraine.



 

Tempat itu mirip dengan apartmen yang didudukinya bersama isteri apabila tidak berlayar. 

“Saya berasa, rumah saya boleh jadi sasaran seterusnya” jelasnya menambah ketika itulah dia putuskan untuk menenggelamkan kapal pesair berkenaan.

“Ini langkah pertama saya berperang dengan Rusia,” ujarnya.

PEMBEKAL SENJATA RUSIA

Alexander Mikheev

Alasannya kerana pemilik Lady Anastasia, Alexander Mikheev adalah salah seorang yang berkuasa di Rusia.

Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif syarikat Rusia, Rosoboronexport yang menjual helikopter, sistem peluru berpandu, kapal selam dan kereta kebal.

Ostapchuk menjelaskan dia menuju ke bilik enjin dan membuka injap yang bersambung ke badan kapal. Ketika air mula memasuki kapal layar berkenaan, dia berjalan ke bilik kru untuk membuka injap lain.
 
“Selain saya ada tiga lagi kru dan saya kata kepada mereka kapal akan tenggelam dan mereka perlu beredar dengan segera,” jelasnya. 

TANDA PROTES PERANG RUSIA


Tiga kru berkenaan yang juga warga Ukraine takut melihat tindakan Ostapchuk dan menggelarnya gila kerana menyebabkan mereka kehilangan pekerjaan. 

Kru berkenaan menghubungi pihak berkuasa pelabuhan dan polis. Sementara pekerja pelabuhan membawa pam air bagi menghindari kapal tersebut tenggelam.

Kemudian Ostapchuk ditahan dan berdasarkan kenyataan laporan polis dia cuba menenggelamkan kapal itu sebagai tanda protes politik terhadap serangan Rusia. 

“Anda harus pilih, apakah Ukraine atau pekerjaan? Saya tidak perlu pekerjaan jika saya tak memiliki Ukraine,” jelasnya.

Bagaimanapun, jurucakap Rosoboronexport tidak memberi sebarang komen berkaitan kejadian tersebut kerana melibatkan isu peribadi.  

Lady Anastasia dianggarkan bernilai AS18 juta (RM75 juta) dengan kelajuan 18 knot dan dibina oleh sebuah syarikat New Zealand. 

Selain bilik utama, kapal pesiar itu memiliki lima bilik tetamu, jakuzi dan sembilan bilik kru. Turut tersedia ruangan rahsia yang dilengkapi dengan katil, komunikasi kecemasan, bilik air dan kamera litar tertutup (CCTV).

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here