Toyota Camry dapat model Sprint Edition dengan kemasan dua tona di India

7

Toyota Camry kerap dikaitkan dengan kereta pakcik-pakcik, namun generasi baharu Camry kini mahu lari daripada imej stereotaip tersebut.

Di pasaran India, terdapat model edisi khas Camry Sprint Edition yang ditawarkan oleh Toyota Kirloskar Motor.

Ia menampilkan liveri unik, serta pemasangan aksesori istimewa yang menjadikan penampilan sedan yang lebih sporti.

Camry Sprint Edition mendapat kemasan hitam kusam pada bahagian hud enjin, bumbung, tiang dan juga trunk untuk penampilan dua tona.

Pembeli boleh memilik warna seperti Emotional Red, Platinum White Pearl, Cement Grey, Precious Metal atau Dark Blue Metallic.

Selain itu terdapat rim aloi hitam dan kit badan baharu termasuklah penambahan pada bampar depan dan belakang, serta lip spoiler.

Biarpun dengan nama yang kedengaran pantas, Camry Sprint Edition hanya kekal dengan enjin hibrid 2.5 liter menghasilkan 227 hp dan 221 Nm yang memacu roda hadapan.

Di India, Camry Sprint Edition ini dijual pada harga ₹48.50 lakh (RM233,212).

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here