Stok BBM swasta habis, import minyak tambahan perlu lalui Pertamina Indonesia

6

Stesen minyak swasta (SPBU) berdepan isu kekurangan stok bahan bakar minyak (BBM) menjelang hujung tahun ini di Indonesia.

Walaupun kuota import bagi stesen minyak swasta telah dinaikkan 10 peratus tahun ini, situasi tersebut berlaku susulan kuota BBM telahpun habis akibat peningkatan penggunaan BBM tanpa subsidi oleh pengguna.  

Justeru itu, sejumlah stesen minyak swasta mengalami kekurangan stok sejak Ogos 2025 sehingga terpaksa memendekkan waktu operasi.

Berdasarkan tinjauan hingga 17 September lalu, media tempatan menyatakan  ketersediaan BBM masih belum pulih.

Bagi mengatasi isu berkenaan, kerajaan Indonesia menugaskan Pertamina untuk mengimport BBM tambahan sebagai solusi jangka pendek hingga akhir 2025. Ia bersifat business to business (B2B) antara Pertamina dan SPBU swasta.

PT Pertamina (Persero) akan kembali mengimport BBM untuk memenuhi keperluan SPBU seperti Shell, BP AKR, dan Vivo.

Pengarah Utama Persero, Simon Aloysius Mantiri mengatakan import BBM tersebut berasal dari pelbagai sumber.

“Tujuannya adalah untuk bisa menyediakan base fuel yang akan dibeli SPBU swasta sehingga stok BBM non-subsidi kembali normal.

“(Impor tambahan) Dari mana saja. Pokoknya kita usahakan dalam satu minggu ke depan ini sudah terpenuhi dan SPBU swasta sudah bisa berjalan normal,” jelasnya. 

SEHINGGA HUJUNG TAHUN

Meski begitu, Simon memastikan bahawa import tambahan yang dilakukan hanya disesuaikan dengan keperluan SPBU hingga hujung tahun ini. 

Sebelumnya, Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral (ESDM), Bahlil Lahadalia berkata bahawa SPBU swasta seperti Shell, BP AKR, Vivo, hingga Exxon, sepakat membeli BBM dari Pertamina.

Ia melibatkan persetujuan membeli bahan bakar asas yang belum dicampur daripada Pertamina dan proses percampuran dilakukan di tangki perusahaan masing-masing.

Selain itu, kualiti BBM tetap dijaga melalui survei independen. Bahlil menyatakan import baharu itu dilakukan kerana stok BBM Pertamina telahpun dicampur dengan tambahan aditif. 

Bagaimanapun, Bahlil enggan mendedahkan sumber import bahan bakar tersebut dan menegaskan stok akan tiba dalam tempoh tujuh hari.

Pertamina Patra Niaga selaku anak perusahaan Persero ketika ini masih memiliki baki kuota import sebanyak 34 peratus atau sekitar 7.52 juta kiloliter. Kuota ini disebut cukup untuk memenuhi tambahan peruntukkan bagi SPBU swasta hingga Disember 2025 sebesar 571.748 kiloliter.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here