
Gara-gara ikuti Google Maps, sebuah lori pengangkut pasir terjun ke sungai di daerah Pinrang, Sulawesi Selatan, pada Isnin jam 12 malam.
Susulan insiden itu kelindan lori maut di lokasi dalam kejadian melibatkan tiga mangsa itu.
“Iya, ada mobil trak pengangkut pasir jatuh ke sungai dan ada korban jiwa.
“Satu orang meninggal dunia, sementara dua lainnya selamat,” kata Ketua Balai Polis Patampanua, Inspektor Muis.
Beliau menjelaskan lori berkenaan melalui jalan sempit selepas mengikuti Google Maps. Dipercayai pemandu hilang kawalan lalu terjatuh ke sungai sedalam kira-kira 5 meter itu.
Bagaimanapun, pemandu lori melarikan diri dan seorang lagi kelindan lori yang selamat melaporkan kejadian tersebut kepada penduduk setempat.
“Pemandu lori menggunakan Google Maps untuk mencari jalan pintas, oleh kerana laluan sempit, kenderaan terjun ke sungai.
“Mangsa yang maut akibat tersepit pada pintu lori dan kerana kejadian berlaku pada waktu malam penduduk setempat tidak berani turun ke sungai susulan gelap dan dalam,” ujarnya.
Jelasnya, penduduk bergantian melakukan penjagaan sehingga petugas SAR datang melakukan proses pemindahan agak sukar kerana arus sungai cukup deras
ARTIKEL LAIN
Keliru guna Google Maps, BMW 3 Series terjun jejambat tidak siap