Utama Berita Automotif #TahukahAnda: Mitsubishi pernah hasilkan motosikal perang yang sebenar

#TahukahAnda: Mitsubishi pernah hasilkan motosikal perang yang sebenar

11

Penggunaan motosikal di dalam medan perang bukanlah satu perkara baharu.

Vespa sebelum ini pernah menghasilkan TAP 150 untuk kegunaan tentera sekitar tahun 1956 hingga 1959 oleh Ateliers de Construction de Motocycles et d’Automobiles (ACMA).

Hanya sekitar 600 unit sahaja dihasilkan, lengkap dengan senjata raifal tanpa anjalan (recoilless rifle).

Namun tahukah anda, selain Vespa terdapat sebuah lagi motosikal perang yang pernah dihasilkan oleh pengeluar dari Jepun.

Bukan Suzuki, bukannya Yamaha, tapi Mitsubishi! Lebih tepat lagi Mitsubishi Silver Pigeon C-25 yang telah diubahsuai lengkap dengan unit pelancar roket.

Unit pelancar roket itu sebetulnya merupakan sebuah raifal tanpa anjalan M20 75 mm dengan muncung keluar dari bawah pelana dan melalui tengah-tengah bar hendal.

Sayang sekali, gandingan senjata dan skuter Mitsubishi ini tidak begitu berkesan, memandangkan ia hanya sesuai untuk pertempuran jarak dekat dan tidak sesuai untuk berdepan dengan kereta kebal.

Disebabkan kekurangan tersebut, khidmat motosikal perang Silver Pigeon ini ditamatkan lebih cepat berbanding rancangan asal. 

Mengikut spesifikasi asal, Mitsubishi Silver Pigeon C-25 dilengkapi dengan enjin empat lejang sejukan udara menghasilkan 3 kuasa kuda, dan mampu mencapai kelajuan maksimum 60 km/j secara standard.

 

TIADA KOMEN

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here