Honda jual satu juta unit motosikal di Filipina dalam tempoh setahun

6

Dalam tempoh 12 bulan (Oktober 2024-September 2025), Honda berjaya mencapai angka jualan satu juta unit motosikal di pasaran Filipina, sekaligus menobatkannya sebagai peneraju di dalam segmen dua roda. 

Pencapaian membanggakan tersebut disumbangkan oleh lima model utama termasuklah empat model yang dipasang secara tempatan iaitu CLICK 125, BeAT, XRM125 dan TMX 125 Alpha. 

Sebuah lagi model yang cukup popular ialah Honda ADV160. 

Menurut presiden Honda Filipina, Takeshi Kobayashi berkata, “pencapaian ini bukan sahaja mencerminkan kejayaan jualan kami, bahkan ia juga melambangkan ikatan kukuh yang telah kami bina bersama-sama pelanggan kami bertahun-tahun lamanya. 

Jelasnya lagi, Honda Filipina kekal komited untuk memperkenalkan lebih banyak model motosikal yang inovatif dan boleh dipercayai yang mampu memenuhi keperluan pengguna di sana. 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here