
Minyak enjin Bosch Mobility Aftermarket (BMA) menerima pensijilan rasmi daripada SIRIM QAS International sebagai langkah proaktif menjaga kualiti pelincir dan melindungi hak pengguna di pasaran Malaysia.
Pensijilan ini mengesahkan pematuhan penuh Bosch terhadap keperluan baharu yang ditetapkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) di bawah Perintah Perihal Dagangan (Pensijilan dan Penandaan Minyak Enjin Kenderaan Bermotor) 2024.
“Penerimaan pensijilan SIRIM QAS ini mengesahkan komitmen teguh kami terhadap standard kualiti dan keselamatan di pasaran Malaysia.
“Di Bosch, kami menyokong secara aktif semua usaha untuk menegakkan integriti pasaran dan memerangi pemalsuan. Bagi setiap pemandu di Malaysia, tanda pensijilan ini adalah janji kebolehpercayaan dan kualiti tulen Bosch,” kata Pengarah Perniagaan Negara BMA, Dillion Goh.
Langkah proaktif Bosch ini seiring dengan tindakan penguatkuasaan KPDN yang dijadualkan menjelang akhir Oktober 2026 yang mana mewajibkan semua produk pelincir dilengkapi pensijilan SIRIM yang sah.
Produk minyak enjin Bosch yang menerima pensijilan rasmi SIRIM adalah:
1. Rangkaian Bosch Premium X7 (Sintetik Penuh)
-
Bosch Premium X7 SAE 0W-20 (4-Liter)
-
Sintetik Penuh
-
Memenuhi spesifikasi ILSAC GF-6A
-
-
Bosch Premium X7 SAE 5W-30 (4-Liter)
-
Sintetik Penuh
-
Memenuhi spesifikasi ILSAC GF-6A
-
-
Bosch Premium X7 SAE 5W-40 (4-Liter)
-
Sintetik Penuh
-
-
Bosch Premium X7 SAE 5W-30 (1-Liter)
-
Sintetik Penuh
-
-
Bosch Premium X7 SAE 5W-40 (1-Liter)
-
Sintetik Penuh
-
2. Rangkaian Bosch Mega X6 (Separuh Sintetik)
-
Bosch Mega X6 SAE 10W-30 (4-Liter)
-
Separuh Sintetik
-
-
Bosch Mega X6 SAE 10W-40 (4-Liter)
-
Separuh Sintetik
-
-
Bosch Mega X6 SAE 10W-30 (1-Liter)
-
Separuh Sintetik
-
-
Bosch Mega X6 SAE 10W-40 (1-Liter)
-
Separuh Sintetik
-
3. Rangkaian Bosch Mega D6 (Untuk Enjin Diesel)
-
Bosch Mega D6 15W-40 (6-Liter)
-
Jenis Mineral
-
-
Bosch Mega D6 15W-40 (1-Liter)
-
Jenis Mineral
-


































