Elak dipukul suami, wanita nekad terjun kereta

9

Seorang wanita nekad terjun dari kereta yang sedang bergerak gara-gara mahu mengelakkan diri dari dipukul suami dalam kejadian di Jalan Lencongan Timur, di Sungai Petani pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata satu laporan diterima dari mangsa yang mendakwa berlaku pergelutan semasa berada dalam kereta bersama suami ketika dia berusaha untuk menyelamatkan diri.

Menurutnya, sebelum itu, mangsa mendakwa secara tiba-tiba diseret daripada keretanya masuk ke dalam kereta suami ketika berada di sebuah stesen minyak di Sungai Lalang pada jam kira-kira 6 petang.

“Sepanjang perjalanan dikatakan berlaku pergelutan menyebabkan mangsa cuba melepaskan diri daripada suami yang dipercayai dalam keadaan marah.

“Semasa tiba di simpang Jalan Lencongan Timur, mangsa nekad terjun selepas membuka pintu kereta bahagian penumpang kerana dipercayai berasa takut dengan tindakan suami,” katanya.

Siasatan awal mendapati pasangan itu berkahwin sejak Oktober 2024 dan tinggal berasingan sejak sebulan lalu kerana mangsa mendakwa kerap dipukul.

Susulan kejadian, suami mangsa telah ditahan reman bagi membantu siasatan dan perintah reman dibenarkan Mahkamah Sungai Petani selama dua hari bagi membantu siasatan.

Kes akan disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here