Utama Berita Automotif Bos Mitsubishi sahkan kehadiran model Pajero serba baharu

Bos Mitsubishi sahkan kehadiran model Pajero serba baharu

5

Setelah beberapa tahun menyepi dari persada dunia, Mitsubishi akhirnya mengesahkan kehadiran model SUV off-road Pajero serba baharu.

Perkara itu diumumkan sendiri oleh presidennya Takao Kato semasa acara Tokyo Auto Salon 2026 berlangsung, baru-baru ini.

Jelasnya, “kami akan melancarkan sebuah SUV off-road sepenuh masa serba baharu pada tahun 2026.”

Perkara ini dilihat selari dengan kewujudan model intip yang telah dikesan beberapa ketika, di mana ramai yang membuat spekulasi tentang kewujudan semula nama Pajero.

Terdapat beberapa laporan yang menyebut Mitsubishi Pajero mungkin akan berkongsi platform dengan Nissan Patrol.

Namun dalam satu laporan terbaharu daripada BestCar, Mitsubishi membuat keputusan untuk membangunkan sendiri model Pajero dengan menggunakan pelantar trak pikap Triton.

Dengan platform Triton, Mitsubishi Pajero dijangka akan hadir dengan enjin diesel 4-silinder 2.4 liter menghasilkan 201 hp dan 470 Nm untuk bersaing dengan Toyota Land Cruiser Prado.

Tidak mustahil Pajero akan hadir dengan pilihan sistem plug-in hybrid (PHEV), dengan tetapan enjin 2.4L dan dua motor elektrik yang sama seperti model Outlander PHEV (248 hp/450 Nm).

sumber gambar: Carscoops

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here