Honda Malaysia tambah lebih banyak pusat body and paint

1472

Honda Malaysia tambah lebih banyak pusat body and paint (BP) atau badan dan cat mereka di cawangan pengedar dan jualan. Tahun ini sahaja, Honda menambah 6 pusat BP baharu, menjadikan jumlah kesemuanya 28 setakat ini.

Honda Malaysia tambah lebih banyak pusat body and paint ini adalah selaras dengan komitmen syarikat itu untuk menyediakan pelbagai kemudahan kepada pelanggan dalam satu pusat sehenti.



Honda juga menyediakan produk berkualiti di pusat-pusat BP mereka. Antaranya adalah cat Waterborne, iaitu produk hijau selain alat-ganti tulen Honda yang disahkan oleh Honda Motor Co., Ltd.

Dalam tempoh 5 tahun kebelakangan ini, Honda Malaysia telah merekodkan purata peningkatan jualan, kira-kira 30 peratus dari 2014 hingga 2018.

Ini juga bermakna peningkatan servis selepas jualan. Sehingga Oktober 2019, Honda mencatatkan 36,000 kemasukan BP, peningkatan sebanyak 40 peratus untuk tempoh sama tahun lepas.

Untuk maklumat lanjut mengenai pusat BP Honda, pelanggan boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-2020 atau layari www.honda.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here