Honda Malaysia sasar jual 95,000 kenderaan 2024, lancar dua model baharu

1098

Honda Malaysia menyasarkan jualan kenderaan sebanyak 95,000 unit dengan perkongsian pasaran 12.8 peratus bagi tahun ini, sejajar dengan hala tuju perniagaan 2024 didorong oleh prospek positif.

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, syarikat akan melancarkan dua model baharu tahun ini, terus memanfaatkan landskap automotif yang berkembang dan menggerakkan momentum perniagaan.



Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata 2024 akan terus menjadi tahun yang mencabar bagi industri automotif.

“Tahun lalu kami mencapai sasaran jualan 80,000 unit walaupun berdepan cabaran. Pencapaian luar biasa itu menerusi pengenalan model WR-V, City, CR-V serba baharu yang mana semuanya mendapat penerima pasaran yang kukuh selepas pelancaran.

“Mengukuhkan lagi keberadaan jenama di pasaran adalah teknologi e:HEV dengan sumbangan 28 peratus model hibrid keseluruhan jualan 2023 yang mendorong pertumbuhan kenderaan elektrifikasi (xEV) di negara ini,” katanya. 

Honda Malaysia berhasrat terus mengutamakan teknologi e:HEV tahun ini. Penggabungan sistem hibrid dua motor pada model Honda menyediakan pelbagai pilihan menarik untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin berkembang.

“Ia memenuhi keperluan pengguna yang mencari kereta yang menggabungkan kecekapan bahan api dengan tahap baharu keseronokan pemanduan,” tambahnya. 

Pada masa depan, syarikat akan menawarkan pelbagai aktiviti perniagaan untuk meningkatkan momentum jualan, termasuk meningkatkan aktiviti cari gali, meluaskan kempen jualan usahasama dan mempromosikan manfaat pelan Insurans automotif komprehensifnya – Honda Insurance Plus (HiP).

Honda Malaysia juga akan terus menekankan aplikasi HondaTouch yang memberikan kemudahan tambahan kepada pelanggan untuk mengakses maklumat perkhidmatan kenderaan, bantuan kenderaan dan kemas kini di hujung jari. 

“Syarikat juga meluaskan rangkaian kereta terpakai yang diperakui Honda kepada 32 hab jualan di seluruh negara bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat di pasaran kenderaan terpakai.

“Pengembangan ini menyediakan pelanggan platform yang boleh diakses dan dipercayai untuk membeli kereta Honda yang disahkan, pramilik atau menukar kereta sedia ada mereka,” katanya. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here