Honda Malaysia jual 80,000 kenderaan tahun lalu, City model terlaris

258

Honda Malaysia merekodkan jualan 80,000 unit kenderaan tahun lalu sekaligus mengekalkan kedudukan pertama segmen kenderaan penumpang bukan nasional buat 10 tahun berturut-turut.

Jualan itu disumbangkan empat model baharu yang diperkenalkan tahun lalu iaitu WR-V, City, Civic Type R dan CR-V. 



Tiga model terlaris tahun lalu adalah City dengan jualan 30 peratus diikuti HR-V (25 peratus) dan City hatchback (13 peratus). Selain itu, model WR-V, HR-V, CR-V dan Civic mendahului dalam segmen masing-masing.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Hironobu Yoshimura berkata pencapaian cemerlang tahun ini sebahagian besarnya disumbangkan WR-V yang dilancarkan Julai lalu.

“Varian RS ialah penyumbang terbesar dengan 60 peratus daripada jumlah jualan setakat ini. Syarikat menjual lebih daripada 7,800 unit WR-V dalam tempoh enam bulan pertama pelancaran.

“Selain itu, jualan model hibrid e:HEV juga meningkat tahun ini dengan rekod 7,700 unit berbanding 4,100 unit pada 2022 yang mewakili pertumbuhan 87 peratus. Tahun lalu, model e:HEV menyumbang 28 peratus kepada keseluruhan jualan hibrid di Malaysia,” katanya.

Tahun lalu merupakan tempoh yang mencabar dengan pasaran yang kompetitif. Honda Malaysia berjaya mengatasi dan mencapai sasaran jualan 2023 dengan sokongan padu pihak pengedar dan kerajaan.

Selain itu, Honda Malaysia juga berterima kasih kepada semua pelanggan yang  memainkan peranan penting dalam pencapaian tersebut.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here