MotoGP: Cal Crutchlow ingin bersara, ini sebabnya

940

Cal Crutchlow dikatakan mahu bersara dari MotoGP dengan faktor usia sebagai sebab utama. Tambahan pula, keadaan fizikal membuatnya tidak begitu kompetitif untuk bersaing.

Walaupun begitu, nampaknya Honda tidak semestinya bersetuju dengan hasrat Cal Crutchlow ini.

Cal Crutchlow



Memang benar, sehingga kini tiada pembaharuan kontrak antara dia dan pasukannya. Dari perjanjian akhir, kerjasama mereka akan berlangsung hingga akhir musim MotoGP 2020. “Saya masih mempunyai kontrak dengan Honda sehingga akhir tahun ini dan saya selalu fikir ia akan menjadi kontrak terakhir, jadi saya tidak mahu membuat sebarang komitmen,” kata Crutchlow.

Keputusan itu bukan tanpa sebab. Crutchlow merasakan tidak dapat bersaing kerana ia tidak sepantas sebelum ini. Boleh dilihat bagaimana pencapaiannya pada musim 2019 yang lalu.

Crutchlow menamatkan kejuaraan dalam kedudukan 9 keseluruhann. Berbanding dengan tahun sebelumnya, dia menduduki tempat ke-7 dan berjaya memenangi satu perlumbaan (MotoGP Argentina 2018). “Saya bukan penunggang yang tidak baik, tetapi mungkin masalah pada 2019 adalah gabungan diri saya dan motosikal,” kata pelumba yang berusia 34 tahun itu.

Cal Crutchlow

Tambahan pula, tahun depan dia sudah memasuki usia 35 tahun. Lebih ramai lagi pelumba muda yang bersaing pada kelas MotoGP. Dia menjadi penunggang kedua tertua selepas Valentino Rossi (40 tahun).

“Pada tahun 2013 di Yamaha Tech3, motosikal saya mudah untuk dikendalikan dan mendapat keputusan yang sangat baik, sekarang saya memang lebih baik dan lebih cepat daripada pada masa itu, tetapi saya mengendalikan motosikal yang sukar dikawal. Tambahan pula persaingan ini semakin sukar,” kata Crutchlow.

Selain itu, kesan kecederaan juga mempengaruhi prestasinya. “Tubuh saya sakit bukan sahaja kerana kejadian buruk di Australia (2018), tetapi secara keseluruhannya (kesan kecederaan yang dialaminya), tetapi saya bukan orang yang lemah dan sentiasa memberikan 100 peratus keupayaan saya semasa tempoh kontrak, dan saya tidak tahu seberapa lama saya harus begini. Saya perlu berhenti selepas 2020 dan meneruskan kehidupan yang normal, “kata Crutchlow.

Cal Crutchlow

Dia belum mengesahkan persaraannya pada tahun 2021. Malah, ia hanya merupakan idea bijak Crutchlow. Dengan keadaan semasa, dia tidak mahu makan hati kerana dia tidak dapat bersaing. Terlebih lagi mengecewakan pasukannya.

Harapan

“Harapan saya semoha tahun 2020 tidak menyakiti saya walaupun saya tidak perlu berlumba lagi, meskipun saya menyukainya, saya berjuang untuk kembali dari mana-mana kecederaan kerana minat  saya untuk berlumba, saya sentiasa memberikan segala-galanya kepada sukan ini. “Jika ia tidak cukup untuk memenangi kejohanan, saya terima,” kata Crutchlow.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here