Valentino Rossi pernah dilarang untuk terlibat dalam perlumbaan motosikal

1414

Valentino Rossi menceritakan sedikit kisah zaman kanak-kanaknya sebelum mengejar kerjaya dalam acara perlumbaan MotoGP. Rupa-rupanya, Rossi pernah dilarang untuk melibatkan diri dalam perlumbaan motosikal.

Rossi pernah dilarang

Juara dunia 9 kali ini memang mempunyai darah perlumbaan dari ayahnya yang juga merupakan juga bekas pelumba, Graziano Rossi.



Ayah Valentino Rossi merupakan seorang pelumba GP yang aktif dalam era 1977 sehingga dia memutuskan untuk bersara pada tahun 1982.

Walaupun Valentino Rossi adalah anak pelumba motosikal, tidak semestinya dia secara langsung akan menjadi seorang pelumba motosikal. 

Rossi pernah dilarang
Valentino Rossi dan ayahnya, Graziano Rossi

Pada suatu masa dahulu, Rossi pernah dilarang oleh bapanya untuk berlumba dan mengikuti jejak langkah bapanya.

The Doctor dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam perlumbaan, tetapi dengan syarat jika dia hanya terlibat dalam perlumbaan kereta, bukannya motosikal.

Hal ini kerana, Graziano sudah sangat faham dengan cabaran dan risiko yang berkemungkinan akan berlaku kemalangan dalam perlumbaan motosikal.

Rossi pernah dilarang

“Graziano adalah pelumba motosikal, dia mengalami kemalangan serius dan mula memandu kereta,” kata Rossi.

“Ketika saya berusia 6 tahun, dia memandu dengan cepat, dia takut membiarkan saya berlumba dengan motosikal seperti dia kerana dia telah mempunyai pengalaman yang buruk dan telah mengalami banyak kecederaan,” katanya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here