Shell tawar kerusi keselamatan kanak-kanak dalam peraduan, masih berjalan hingga 12 April ini!

1231

Shell akan memberikan sebanyak 138 kerusi kanak-kanak (child restraint system atau CRS) di stesen-stesen Shell terpilih dalam usaha mereka menyahut seruan kerajaan ke arah mewajibkan penggunaan CRS.

Seorang kanak-kanak yang duduk di CRS mempunyai risiko lebih rendah untuk tercedera di dalam kemalangan jalan-raya berbanding kanak-kanak yang tidak duduk di CRS.



Seperti dikongsi oleh Organisasi Kesihatan Dunia (WHO), punca utama dalam kecederaan, kecacatan malah kematian di kalangan kanak-kanak adalah disebabkan kemalangan jalan-raya.

Malaysia juga tidak terkecuali disebabkan kadar kemalangan jalan-raya yang tinggi di negara ini. MIROS telah mendedahkan hanya 30 peratus daripada pemandu di Malaysia yang menggunakan CRS. Maka, penggunaannya telah diwajibkan berkuat-kuasa 1 Januari 2020.

Pengarah Urusan Shell Malaysia, Shairan Huzani Husain berkata, “Di Shell, kami sentiasa mahu perjalanan pelanggan kami lebih selamat. Ini adalah usaha dari stesen kami untuk menggalakkan penggunaan CRS.”

Bermula 17 Februari hingga 12 April 2020, Shell akan menyerahkan CRS di 136 stesen terpilih sekitar Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan. Setiap minggu, sehingga 17 pelanggan akan layak memenangi CRS ini.

Sehingga kini, sebanyak 70 CRS telah diserahkan kepada pemenang, dan masih banyak boleh dimenangi dalam tempoh 4 minggu lagi.

Bagaimana cara untuk menjadi pemenang?

Mudah saja.

Langkah 1: Berbelanja minimum RM40 dalam satu resit di Shell yang mengambil bahagian.
Langkah 2: Isi maklumat mereka dalam borang peraduan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shell.com.my.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here