Shell Malaysia lancar enam kereta kawalan jauh eksklusif Star Wars

1254

Selepas Koleksi Shell Motorsports tahun lalu, kini Shell Malaysia memperkenalkan koleksi kereta kawalan jauh eksklusif dengan kerjasama The Walt Disney Company Southeast Asia. 

Koleksi itu menggabungkan inovasi Shell V-Power dan daya tarikan Star Wars bagi mencipta koleksi Star Wars™ Racers pertama di dunia, yang pastinya membuatkan peminat serta pengumpul tegar teruja.

Dinspirasikan daripada pertempuran antara cahaya dan kegelapan, koleksi edisi terhad itu menampilkan enam kereta kawalan jauh iaitu:

  • Darth Vader™ Racer – Dilhamkan berdasarkan karakter kegemaran peminat Star Wars. Jeriji kereta in seakan topeng Vader dan lengkap dengan lampu belakang LED seperti matanya.
  • Stormtrooper™ Racer – Seterusnya, mewakili kekuatan “Imperial Army” dengan mengetengahkan imej bersih dan minimalis putih berkilat.
  • Darth Maul™ Racer – Tampil metalik merah darah yang berkilauan seperti tanda khas pada watak asalnya. lanya lengkap dengan bumbung yang dilhamkan daripada tanduk Maul yang menonjolkan gaya agresifnya.

• The Mandalorian™ Racer – Disalut warna matte perak diinspirasikan daripada Din Djarin dan perisai beskarnya. Belakang kanan ada “signet” The Mandalorian™ di “bahu” roda.



  • Boba Fett™ Racer – Pemburu upahan ganas dan cekap turut ditampilkan barsama dalam koleksi ini. Kemek pada topi keledar Boba Fett dan “targeting rangefinder” diterjemahkan ke dalam reka bentuk kereta itu yang menampilkan warna hijau matte tentera.
  • BB-8™ Racer – Tampil dengan ciri kompak dan futuristik, selain hadir tampil warna oren dan putih yang semestinya menyerlah di litar perlumbaan.

Pengurus Besar, Shell Mobility Malaysia, Seow Lee Ming berkata, sambutan terhadap koleksi edisi terhad tahunan ini sememangnya hangat.

Menurutnya, pengguna Shell V-Power adalah antara yang paling bersemangat dan tahu cerita Star Wars popular di kalangan peminat pelbagai peringkat umur. 

“Shell Malaysia berbesar hati menjadi yang pertama di dunia menggabungkan reka bentuk yang dilhamkan dari Star Wars dalam bentuk kereta kawalan jauh dan juga versi digital di Shell Racing App.

“Sama seperti Shell V-Power yang menyemarakkan semangat perlumbaan dalam diri pelanggan kami koleksi tahun ini menzahirkan semangat inovasi Shell untuk sentiasa memberikan pengalaman yang “Better by Far” untuk pelanggan,” katanya.

Seperti sebelum ini, Koleksi Star Wars™M Racers Shell mengekalkan kesemua ciri istimewa, termasuk kawalan Bluetooth dan bateri pintar daripada Koleksi Shell Motorsports tahun lalu.

Dengan Shell Racing App yang boleh didapati di App Store dan Google Play, pelanggan boleh menikmati pengalaman perlumbaan unik bertemakan pengembaraan antara galaksi yang mendebarkan.

Mula 6 Oktober hingga 19 November, satu model kereta kawalan jauh Bluetooth edisi terhad itu akan dikeluarkan setiap minggu, eksklusif di stesen minyak Shell di seluruh negara. 

Star Wars™ Racers kecuali Darth Vader™M Race boleh dibeli pada harga RM49.90 dengan pembelian bahan api minimum RM50 dalam satu resit untuk Shell FuelSave 95, Shell V-Power 97 atau Shell V.Power Racing. 

Bateri Bluetooth pula bole didapati pada harga RM30 dengan pembelian bahan api minimum, sama seperti pembelian model kereta.

Darth Vader™M Racer boleh didapati secara percuma dengan setiap pembelian Shell Helix Ultra/ Power 4L di stesen minyak Shell. 

Untuk melengkapkan koleksi ini, pelanggan juga bole membeli peti koleksi pada harga RM89.90 dengan pembelian RM80 Shell V-Power Racing dalam satu resit.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here