Litar Antarabangsa Sepang (SIC) lantik CEO baru selepas 11 tahun

2016

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengalu-alukan kedatangan Azhan Shafriman Hanif sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baru, mengisi kekosongan jawatan yang diduduki CEO sebelumnya iaitu Dato’ Razlan Razali.

Litar Antarabangsa sepang

Tidak asing dalam dunia permotoran, Shafriman sebelum ini menjawat jawatan Ketua
Pakatan Strategik di Petronas dan telah melibatkan diri selama 13 tahun dalam syarikat itu.



Shafriman berkata, “Ia adalah satu penghormatan besar yang diamanahkan kepada kepada saya. Dato’ Razlan Razali telah meninggalkan jawatan yang besar untuk dipegang, tetapi saya percaya saya mampu memberikan perspektif yang unik dalam peranan ini.”

Untuk pengetahuan, Dato’ Razlan Razali telah menjawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang sejak dari 11 tahun yang lalu, dimana beliau mula berkhidmat pada 8 Oktober 2008.

Setelah melepaskan jawatan ini, Dato’ Razlan Razali akan memberi fokus kepada tangunggjawabnya selaku ketua pasukan bagi Petronas Sepang Racing Team dalam saingan MotoGP.

“Satu perjalanan yang luar biasa ketika mengetuai pasukan Litar Antarabangsa Sepang. Semua kejayaan yang diperoleh sebelum ini adalah usaha dari seluruh pasukan. Ianya tidak mungkin diperoleh tanpa sokongan dan komitmen bukan hanya dari pasukan SIC, tetapi juga rakan kongsi dan pihak berkepentingan yang lain,” kata Dato’ Razlan.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here