Kadar sewa litar SIC naik 27 peratus, berkuatkuasa 1 April

367

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) mengesahkan akan menaikkan kadar sewa litar sebanyak 45 peratus berkuatkuasa 1 April.

Di bawah kadar baharu itu, sewa trek pada hari biasa untuk sesi sehari meningkat sebanyak 27 peratus menjadi RM70,000 berbanding RM55,000.



Manakala pada hujung minggu meningkat daripada RM60,500 kepada RM80,000 (32 peratus). 

Sesi malam pada hari bekerja akan meningkat daripada RM55,000 kepada RM78,000 (41 peratus) dan RM60,500 kepada RM88,000 (45 peratus) untuk hujung minggu.

Harga tersebut termasuk pegawai teknikal dan perubatan yang diperlukan merangkumi ambulans dan kereta bomba, tukang cuci dan kakitangan keselamatan  serta akses kepada kemudahan yang berkaitan.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif berkata kenaikan harga itu bagi memastikan litar gred satu FIA terus beroperasi di bawah standard tinggi.

“Sebagai sebahagian daripada komitmen SIC untuk mengekalkan standard tertinggi dalam kemudahan dan perkhidmatan, kami telah mengumumkan pelarasan harga sewa litar dan kemudahan kami yang akan berkuatkuasa pada 1 April 2024. 

“Notis awal ini disediakan untuk memastikan ketelusan dan memberi masa yang mencukupi untuk semua pelanggan dan pihak berkepentingan membuat persiapan yang diperlukan,” jelasnya. 

Pada Januari tahun lalu, Shafriman menyatakan kenaikan tersebut tidak dapat dielakkan berikutan peningkatan kos operasi dan penyelenggaraan tetapi menangguhkan langkah itu sehingga tahun ini.

SIC tidak menaikkan harga sewanya sejak 2013.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here