Tamiya hasilkan semula kit Honda City Turbo kawalan jauh dari 1983, RC lejen yang boleh wheelie!

2779

Ada sesiapa masih ingat atau pernah memiliki model Willy Wheeler kawalan jauh/kawalan radio (RC) dari tahun 80an iaitu model Honda City Turbo? Kit asal memang tersangat rare sekarang.

Namun berita baik yang mencari, terdapat versi 2020 dengan dalaman baharu.



Tamiya Honda City Turbo RC ini “duduk” di atas casis WR-02C Tamiya. Casis ini menampilkan pacuan dua-roda belakang 2WD dengan suspensi double-wishbone. Ia juga mempunya jarak roda 185mm sama dengan casis WR-02 original.

Ini merupakan kit yang perlu dipasang ya, sama seperti Tamiya Mini 4WD yang anda pernah main dulu sebab terikut-ikut dengan rancangan TV Dash Yonkuro. Jadi jangan pula harap beli terus boleh main.

Menariknya, kereta ini boleh melakukan aksi wheelie – hasil agihan berat model ini yang lebih di belakang dan motornya yang bertork tinggi.

Anda hanya perlu mendapatkan pek bateri 7.2-volt yang boleh dicas semula berserta pengecas. Dan kit ini hadir dengan motor dan kotak gear yang siap dipasang.

Kit ini sememangnya satu model yang cool dengan sejarah yang panjang. Kira kit lejen habis ni! Dan kalau difikir balik, 1983 sudah hampr 40 tahun lepas!

Jom belek model ini di laman web Tamiya di sini. Dan sambil-sambil tu, boleh alasan apa nak beritahu orang rumah untuk beli RC Honda City Turbo ini.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here