McLaren panggil semula 2,763 unit kereta kerana masalah hakisan tangki bahan api

1292

Syarikat pengeluar supercar British iaitu McLaren, mengumumkan untuk memanggil semula (recall) sebanyak 2,763 unit kereta kerana mempunyai masalah hakisan pada tangki bahan api.

mclaren recall

McLaren walaubagaimanapun tidka mendedahkan model mana yang terlibat. Mereka hanya memberitahu model yang terlibat adalah yang dikeluarkan dari 1 Mei 2016 hingga 20 Mac 2020.



Kerosakan ini disebabkan oleh penyerapan air yang membuat tangki bahan api akan mudah berkarat. Sekiranya terdapat karat, risiko terbesar akan ditanggung oleh pemilik ialah kebocoran dan kebakaran.

Masalah ini mula dikesan berikutan laporan dari seorang pemilik yang menghidu bau petrol dari bahagian bawah McLaren 570GT pada 14 Januari 2019. Masalah tersebut diselesaikan dengan McLaren mengganti tangki bahan api yang baru.

Tangki yang rosak tersebut telah diperiksa oleh McLaren dan dihantar kembali kepada pembekal. Selepas laporan pertama pada tahun lepas, pemilik kereta yang lain pula mengadu tentang masalah yang sama. Hal ini kemudiannya disiasat oleh ibu pejabat McLaren.

Beberapa pusat servis McLaren juga telah diarahkan untuk membuang span yang berada di bawah tangki. Tanpa komponen ini, prestasi sesuatu jentera McLaren tidak akan terjejas.

Bukan itu sahaja, tangki bahan api pada jentera dari McLaren yang mengalami proses recall juga akan diperiksa semula samada ia barkarat atau tidak. Sekiranya berkarat, McLaren akan menggantikannya dengan tangki baru secara percuma.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here