Toyota RAV4 bakal tiba di Malaysia, ini 5 perkara anda perlu tahu

2649

Toyota telah melancarkan beberapa model agak mengujakan dalam kebelakangan ini, sejak awal 2019. Ini termasuklah Yaris dan GR Supra.

Penganjuran kejuaraan Toyota Vios Challenge juga menunjukkan jiwa dan arah terkini jenama itu di Malaysia.

Untuk tahun ini, dikatakan juga UMW Toyota akan membawa masuk GR Yaris, iaitu hot-hatch dengan enjin 3-silinder paling berkuasa di dunia, dan sudah tentunya dalam unit terhad.



Untuk SUV pula, jika anda benar-benar mengikut perkembangan dunia automotif, anda pasti akan terbaca berkenaan RAV4 yang juga akan hadir di Malaysia tahun ini.

Berikut kami lampirkan 5 perkara penting anda perlu tahu mengenai SUV yang hensem ini.

  1. Dibangunkan di atas pelantar TNGA

Apa dia TNGA ini? Ianya singkatan untuk Toyota New Global Architecture, iaitu casis ataupun asas kepada pembinaan kerangka badan kebanyakan kenderaan Toyota terkini.

Menariknya mengenai platform modular ini ialah ia bukan sahaja boleh digunakan pada banyak jenis bentuk badan kenderaan, malah membolehkan kenderaan itu lebih mudah, selamat dan seronok dipandu.

  1. Pilihan petrol dan hibrid

Toyota RAV4 generasi kelima ini ditawarkan dengan dua pilihan powertrain, iaitu enjin 2.0-liter 4-silinder naturally-apsirated Dynamic Force yang dipadankan dengan transmisi CVT, serta enjin 2.5-liter hibrid.

RAV4 juga boleh didapati dengan konfigurasi pacuan dua-roda (2WD) dan pacuan empat-roda (4WD).

  1. Dynamic Torque Vectoring

SUV ini akan menggunakan Dynamic Torque Vectoring yang dikatakan pertama di dunia untuk pacuan empat-roda.

Apabila 4WD tidak digunakan, gandar belakang akan dipisahkan dari transmisi, menjadikannya kenderaan pacuan roda-depan (2WD) untuk menjimatkan bahan api.

  1. Kemungkinan CBU dari Jepun

Dengan ASEAN Free Trade Agreement, berkemungkinan Toyota RAV4 yang kita terima akan diimport sepenuhnya (CBU) dari Jepun kerana ia tetap mendapat pengecualian cukai import.

  1. Pemenang Japan Car of the Year 2019-2020

Toyota RAV4 ini telah dinobatkan sebagai pemenang anugerah Japan Car of the Year 2019-2020. Dengan 436 skor, ia berada di depan Mazda 3 (328 skor) dan BMW 3-Series (290 skor).

Menurut para juri, RAV4 cemerlang kerana ia “mendapat markah tinggi di semua bahagian”. Antara kelebihannya menurut juri adalah keselesaan, harga, dan ruang bagasi.

Jadi dengan 5 perkara di atas, apa pendapat anda mengenai Toyota RAV4? Sanggupkah anda beli RAV4 jika ianya lebih mahal dari Honda CR-V dan Mazda CX-5?

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here