Rolls-Royce Convertible ini adalah ilham kanak-kanak berusia 8 tahun

2720

Rolls-Royce melakar semula reka bentuk kereta mewah masa hadapan yang dihasilkan oleh seorang kanak-kanak berusia lapan tahun. Megan, 8, menghasilkan reka bentuk kereta yang disertakan dengan elemen madu, lebah dan ‘spirit of butterfly‘.

Antara contoh lakaran yang diterima oleh Roll-Royce

Ia adalah satu contoh bagaimana Rolls-Royce ingin memberi penghargaan kepada pemenang Pertandingan Pereka Muda, yang diadakan pada bulan April lalu.

Dalam pertandingan itu Rolls-Royce menerima lebih 5,000 lakaran reka bentuk yang dihantar sebelum tarikh tutup iaitu pada 2 Julai 2020. Lakaran yang diterima ini merupakan hasil tangan dari individu berusia 16 tahun ke bawah dari lebih 80 negara.



Rolls-Royce kanak-kanak

Daripada lebih 5,000 lakaran, Rolls-Royce membuat senarai pendek 220 lakaran yang terbaik dan pemenangnya diumumkan pada 1 Julai lalu. Semua 220 lakaran terbaik yang dipilih boleh dilihat di Rolls-Royce Young Designer Competition’s microsite.

Pemenang pertandingan ini akan diberi ilustrasi reka bentuk, dan pengalaman menaiki Rolls-Royce pada hari pertama persekolahan kembali dibuka.

Naib juara pula akan diberikan sijil dengan tanda tangan dari Torsten Müller-Ötvös, Ketua Pegawai Eksekutif Rolls-Royce Motor Cars.

Sumber: motor1.com

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here