[Video] Jutawan China bawa naik Rolls Royce ke penthouse tingkat 44

550

Apakah yang anda akan lakukan apabila memiliki wang yang banyak namun tinggal di rumah bertingkat. 

Bagi seorang jutawan di Fujian, China ini, dia memilih meletakkan Rolls-Royce Ghost di balkoni penthouse miliknya di tingkat 44.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by ⚜️Kurdistan Millionare Cars️⚜️ (@kurdistan.millionare.cars)



Proses membawa masuk kereta tersebut ke lantai lebih tinggi bukanlah tugas mudah.  Justeru itu, jutawan berkenaan mengupah syarikat kejuruteraan untuk membina sangkar besi bagi mengangkut kereta itu menggunakan kren.

Menerusi imej dan video yang beredar di media sosial, kren itu membawa naik Rolls Royce berkenaan tanpa masalah ke balkoni penthouse itu.

Walaupun agak menarik untuk melihat sebuah kereta dibawa ke dalam rumah, namun kami terfikir adakah pemilik enggan memandu Rolls Royce Ghost tersebut.

Tetapi mengambilkira kewangan pemilik, tentu itu bukanlah satu masalah mahupun isu besar. Dia hanya perlu mengunjungi pusat jualan dan membeli yang baharu.

Ini bukan kali pertama kita melihat individu kaya melakukan tindakan luar akal sedemikian.

Pada bulan Mei, seorang jutawan di Melbourne, Australia membawa masuk McLaren Senna GTR miliknya ke penthousenya, tingkat 57. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here