Kilang Yokohama capai pengeluaran enjin ke-40 juta, sedia untuk masa depan EV

381

Kilang Yokohama mula beroperasi pada 1935 iaitu dua tahun selepas penubuhan Nissan. Pada 1976, kilang tersebut mencapai pengeluaran enjin ke-10 juta; 1986 (20 juta) dan 1997 (30 juta).

Jun lalu, Nissan mengumumkan kilang berkenaan mencapai 40 juta pengeluaran dan lebih istimewa pada ulang tahun ke-90 kilang itu. 



Pengurus kilang Yokohama, Tamiyo Wada, berkata pencapaian itu hasil sokongan pelanggan seluruh dunia. 

Antara rangkaian enjin yang dikeluarkan di kemudahan berkenaan termasuklah 1979 L20ET iaitu enjin turbo pertama untuk kereta penumpang di Jepun dan 1983 VG, pengeluaran enjin V6 secara massa pertama Jepun.

Kilang Yokohama menghasilkan enjin VR38DETT menggunakan tangan tenaga mahir takumi untuk Nissan GT-R.

Sejak 2017 ia menghasilkan VC turbo — enjin pengeluaran besar-besaran pertama di dunia yang menampilkan teknologi nisbah mampatan berubah-ubah.

Seiring dengan peredaran masa, Yokohama juga berubah. Sejak pelancaran kereta elektrik (EV) LEAF pada 2010, kilang itu juga mengeluarkan motor, termasuk untuk kenderaan e-POWER seperti Nissan Note.

Pada tahun fiskal 2022, pengeluaran motor menyumbang kira-kira 40 peratus daripada pengeluaran kilang Yokohama.

Ketika Yokohama menghampiri ulang tahun yang ke-90, ia terus memainkan peranan utama dalam pembangunan teknologi pengeluaran termaju Nissan.

Selain menghasilkan motor dan enjin, ia juga berfungsi sebagai kilang perintis untuk pembangunan teknologi pengeluaran trenkuasa yang akan mempunyai aplikasi global.

Tahun depan, barisan perintis akan diwujudkan di kilang untuk membangunkan bateri solid penuh. Bateri ini akan memendekkan tempoh pengecasan selain lebih murah berbanding lithium ion.
 
Wada berkata melangkah ke depan, kilang Yokohama akan terus menyediakan teknologi dan perkhidmatan inovatif berkualiti tinggi kepada pelanggan. 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here