[Video] Miliki Nissan GT-R, lelaki ini kongsi bekerja sebagai Lalamove….

1499

Nissan GT-R merupakan jentera sukan berprestasi tinggi yang diperkenalkan pada dunia sekitar 2007. Dikenali sebagai Godzilla, ia dipasarkan dengan beberapa pilihan model misalnya R-33, R-35 dan R-34.

Jentera ini menjadi idaman pemuda pencinta tegar kereta sukan, bagaimanapun harga pasaran GT-R tidak murah. Bagi seunit GT-R terpakai boleh didapati pada harga sekitar RM368k.



Namun, perkongsian TikToker @koocester dari Singapura yang memburu kereta mewah mencuri perhatian netizen. 

Koocester menggunakan konsep video pendek “What Do You Do For Living?” dimulakan oleh seorang pemuda bernama Daniel Macdonald dari Amerika Syarikat di TikTok.

Video yang dikongsi di platform TikTok itu menunjukkan seorang pemuda dengan sebuah Nissan GT-R berwarna putih.

@koocester

As a former pandarider, it is possible! Respect the hustle!

♬ original sound – Koocester – Koocester

Jawapan yang diberikan pemuda berkenaan ketika disoal  “What Do You Do For Living?” membuatkan netizen terkejut. 

“Saya hanyalah pemandu Grab,” jawabnya. 

Tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut, Koocester cuba mendapatkan pengesahan sekali lagi.

Pemuda yang memakai baju T hitam itu memberitahu, “pemandu Lalamove.” Bagaimana dia mampu memiliki sebuah GT-R. Jelasnya dengan menyimpan duit.

“Perjalanan anda masih panjang, anda boleh simpan banyak wang,” kongsinya. 

Mengulas mengenai ‘rahsia’ kewangan, dia  menasihatkan anak muda agar rajin membuat simpanan, elakkan boros, berbelanja secara berhemah dan juga berkongsi rezeki bersama ibu bapa.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here