Utama Berita Automotif Harga diesel naik 70 sen kepada RM6.72

Harga diesel naik 70 sen kepada RM6.72

10

Harga runcit bagi diesel di Semenanjung terus meningkat pada RM6.72 seliter bagi tempoh 9 April hingga 15 April susulan krisis tenaga dunia yang berlanjutan.

Ia menyaksikan peningkatan sebanyak 70 sen berbanding tempoh sebelumnya, RM6.02 seliter.

Kementerian Kewangan (MoF) menerusi kenyataan memaklumkan, krisis berkenaan telah meningkatkan kos petroleum serta kos berkaitan termasuk logistik dan insurans.

“Walaupun terdapat penurunan harga minyak mentah global hari ini berikutan pengumuman gencatan senjata, kesannya tidak serta-merta diterjemahkan kepada penurunan harga runcit bahan api di Malaysia.

“Ini kerana harga pam di negara ini ditentukan berdasarkan purata harga petrol dan diesel minggu sebelumnya, dan bukannya harga semasa hari ini.

“Sehubungan itu, harga semasa masih mencerminkan kos bekalan yang tinggi sepanjang tempoh lima minggu lalu, ketika pasaran global berada pada paras lebih tinggi, mencecah sekitar USD150 setong bagi produk petrol dan AS$250 setong bagi produk diesel. Ini terus mempengaruhi harga runcit dalam negara,” katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here