Lamborghini Aventador terperosok belakang treler, pemandu hanya alami cedera ringan

430

Sebuah Lamborghini Aventador remuk teruk di bahagian depan selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan treler roda-18 di lebuh raya Georgia.

Melihat keadaan supercar tersebut tentunya anda berfikir pemandu berkenaan tidak akan terselamat. 



Oleh kerana badan supercar yang rendah, pemandu hanya mengalami kecederaan ringan dan keluar daripada kenderaan selepas kemalangan.  Kemungkinan, situasi akan menjadi lebih parah sekiranya kenderaan tersebut lebih tinggi.

Berdasarkan imej yang tersebar, bahagian badan depan supercar terperosok di bahagian belakang treler berkenaan. Akibat perlanggaran itu, tayar Lamborghini pecah.

Peronda Negeri Georgia mengenalpasti pemandu Aventador sebagai Spencer Hyde, 36, lapor Gordon Gazette.

Kemalangan itu berlaku pada jam 12:32 tengah hari pada 22 Julai. Pihak berkuasa mengeluarkan supercar itu menggunakan  BOLO. Difahamkan,  pemandu memecut kenderaan sehingga 161kmj.

Polis mengesyaki Hyde merempuh treler selepas hilang kawalan dan ketika kejadian treler itu berada di lorong kanan. Susulan itu, kedua-dua lorong paling kanan dan tengah lebuh raya ditutup selama hampir satu setengah jam.

Ketika supercar itu ditarik, boleh dilihat bahagian depan Aventador rosak teruk serta bahagian tayar hampir tertanggal daripada badan. Bahagian bumbung juga remuk ke dalam.

Namun, bahagian pintu pemandu masih boleh ditolak yang mana membuktikan keselamatan Lamborghini.  

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here