Mercedes-AMG GLC43 Coupe 2020 kini lebih berkuasa dengan 390hp dan 520Nm tork

2190

Satu lagi SUV prestasi tinggi tiba di pasaran Malaysia, iaitu Mercedes-AMG GLC43 Coupe 4MATIC. Ya, bukan biasa-biasa, tapi proper AMG! Ia akan bersaing dengan model seperti BMW X4 M Competition dan seangkatan dengannya.

GLC43 Coupe dipacu oleh enjin 3.0-liter V6 bi-turbo yang sangat merdu bunyinya, mampu menghasilkan 390hp dan 520Nm tork. Output ini juga 23hp lebih tinggi dari sebelumnya, hasil talaan semula pada perisian enjin dan penggunaan pengecaj turbo lebih besar.



Kuasa dihantar ke semua roda melalui transmisi AMG SPEEDSHIFT TCT 9-kelajuan dan sistem pacuan semua-roda 4MATIC. Ini memberikan pecutan 0-100 dalam 4.9 saat sahaja, dan kelajuan maksima 250km/j (dihadkan secara elektronik).

Transmisi ini juga boleh melakukan downshift beberapa gear untuk pecutan tangkas melalui pilihan mod Sport dan Sport+. Harus diketahui juga sistem pecuan 4MATIC mempunyai nisbah kuasa 31 peratus di depan, dan 69 di belakang untuk pemanduan sporti.

Dari gaya luaran, anda pasti dapat bezakan AMG GLC43 ini dari GLC biasa dari penampilannya yang lebih agresif dan menyerlah.

Antara kelengkapan unik pada luarannya termasuklah gril AMG, lampu depan Multibeam dengan Adaptive Highbeam Assist, panel sisi yang menampakkannya lebih rendah, rim AMG 21-inci, dan pakej AMG Night yang memberikan kemasan hitam berkilat pada beberapa panel.

Begitu juga di dalam, GLC43 ini mendapat tempat duduk Artico/Dinamica lebih sporti, roda stereng dengan balutan nappa microfibre, dan butang-butang kawalan yang ergonomik dan mudah disentuh.

Sistem infotainmen menggunakan MBUX dengan skring 10.25-inci yang turut menyokong fungsi kawalan suara. Di depan pemandu pula ialah skrin instrumen lebar bersaiz 12.3-inci dengan pelbagai paparan.

Untuk mod pemanduan, anda boleh pilih di antara Slippery, Comfort, Sport, Sport+ dan Individual. Mod-mod ini akan mengubah tindakbalas enjin, transmisi, suspensi dan stereng.

Seperti juga model AMG lain, GLC43 turut mendapat AMG Ride Control khas untuk suspensinya. Dengan sistem suspensi udara dan Adaptive Damping System, ia akan memberi imbangan terbaik antara keselesaan dan kawalan badan semasa pemanduan laju.

Untuk keselamatan pula, Mercedes-AMG GLC43 Coupe ini dilengkapi dengan Mercedes-Benz Driving Assistance Package yang merangkumi Active Distance Assist DISTRONIC, Active Steering Assist, Active Brake Assist, Active Lane Keeping Assist, Active Blind Spot Assit and PRE-SAFE.

SUV berprestasi tinggi ini boleh menjadi milik anda pada harga RM498,722.77.

Jom subscribe telegram Motoqar untuk berita pantas di: https://t.me/motoqar

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here