Mercedes-Benz derma RM5 juta kepada Israel

1672

Pengerusi Lembaga Pengarah Mercedes-Benz, Ola Källenius mengumumkan di akaun LinkedInnya bahawa syarikat itu memberi bantuan kewangan kepada Israel.

Dalam kenyataannya, Ola Källenius menyatakan beliau menderma sejumlah UER 1 juta (RM5 juta) kepada United Hatzalah dan organisasi Palang Merah Jerman di Israel.

Olla Kallenius

Beliau juga menyatakan sentiasa berkomunikasi dengan pasukan syarikat di kemudahan penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Tel Aviv dan keselamatan adalah keutamaan.



“Kami telah menghubungi pelbagai institusi dan organisasi sejak kebelakangan ini kerana kami ingin menyumbang untuk meringankan penderitaan di lapangan, sekurang-kurangnya sedikit sebanyak.

“Mercedes-Benz menderma sejumlah satu juta euro kepada badan amal United Hatzalah untuk pembelian kenderaan penyelamat, serta Palang Merah Jerman yang menyelaraskan bantuan kemanusiaan di rantau ini dengan organisasi saudara.

“Kami sudah tentu sentiasa berkomunikasi dengan pasukan di kemudahan R&D kami di Tel Aviv, dan keselamatan mereka adalah keutamaan kami,” tulisnya.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here