Yamaha XMax 250 hadir dua warna baharu

3677

Hong Leong Yamaha Motor mula memperkenalkan dua warna baharu bagi model skuter Yamaha XMax 250.

Kali ini ia hadir dengan warna baharu iaitu Biru Matt dan Merah Matt, selain sebelum ini menawarkan Putih Metalik serta Rusty Bronze.

Harganya tidak berubah dan dijual pada harga RM21,225 yang mana ia tidak termasuk insurans, cukai jalan serta nombor pendaftaran.



Ia masih menggunakan enjin satu silinder empat lejang SOHC suntikan bahan api dengan teknologi Blue Core.

Enjin itu menyalurkan 22.5hp pada 7,000rpm dan tork mencecah 24.3Nm pada 5,500rpm dengan menggunakan kotak gear automatik.

Selain itu, skuter berkenaan menawarkan pelbagai kemudahan dengan antaranya ruang simpanan bawah tempat duduk yang boleh meletak dua helmet penutup penuh. Ia juga mempunyai dua ruang simpanan kecil di bawah bahagian pemegang dengan soket pengecas 12V.

Ciri keselamatannya juga boleh dikatakan cukup mantap apabila dilengkapi brek cakera hadapan dan belakangnya mempunyai sistem ABS, dan sistem kawalan cengkaman yang boleh ditutup.

Menariknya, ia turut dipadankan lampu LED di depan dan belakang memberikan pencahayaan lebih terang. Yamaha XMax 250 dengan warna baharu itu akan berada di pasaran bermula Disember 2018.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here