Warga emas teruja selepas tengok Volkswagen Beetlenya menjalani proses restorasi

1605

Dalam menjaga hati pelanggan, Volkswagen mempunyai strategi baru untuk merapatkan hubungan dengan pemilik kenderaan jenema berkenaan.

Jadi, mereka menggunakan pengalaman positif pengguna Volkswagen klasik pemiliknya. Hasilnya, Volkswagen menawarkan proses membaik pulih Beetle milik seorang warga emas yang berusia 73 tahun.

 
Volkswagen Beetle yang dibeli oleh Kathleen pada 12 Disember 1966 adalah model Type 1.  Kathleen menamakan keretanya dengan nama Annie dan sudah bersamanya sejak dibelinya.
 
Kathleen berkata, Annie bersamanya  melalui fasa perkahwinan, penceraian, ketika membeli rumah, memiliki perniagaan sendiri, malah ketika dia disahkan menghidap barah payu dara.
 
 
“Dia sentiasa ada bersama saya kemana sahaja dan pada saat ini bacaan meternya mencecah 450 000 batu.”
 
“Seperti keadaan saya, prestasi Annie juga semakin menurun dan hanya mampu berjalan dalam tempoh yang singkat,” katanya.
 
 
Ketika Volkswagen mendengar kisah hidup Kathleen bersama Annie yang mencecah 50 tahun, mereka merasa perlu menunjukkan rasa penghargaan ke atas kesetiaan Kathleen.
 
Sebagai tanda terima kasih, mereka mengaturkan satu kumpulan seramai 60 orang bagi menjalankan projek membaik pulih Beetle milik Kathleen.
 
Kumpulan itu melakukan kerja dengan sangat baik, di mana mereka bukan sahaja membaik pulih Beetle ini seperti baharu. Malah menambahkan ciri-ciri yang boleh membuatkannya tahan lama dan selesa dipandu oleh Kathleen.
 
Dengan matlamat itu, mereka melakukan banyak penambahan terhadap Annie termasuklah, menambah cakera brek dan menukar enjin.
 
 
Ekzos juga ditukar kepada yang tahan karat serta radio yang kelihatan vintage dan memiliki ciri-ciri bluetooth. Perubahan ini sememangnya memberi sentimen yang tinggi.
 
Atas sebab-sebab tertentu, kumpulan ini merubah sedikit rupa kereta ini supaya kelihatan seperti pada zaman 60-an.
 
 
Sementara itu, rekaan dalaman direka khas dengan mempunyai tulisan berjahit dengan nama Kathleen dan Annie pada kerusinya.
 
Sila like page kami motoqar.my untuk mengetahui info automotif tempatan dan global.


APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here