SYM Husky 150 rasmi lancar, harga mula RM9,998

294

SYM Malaysia memperkenalkan skuter maxi Husky 150 menerusi dua pilihan varian :

  • Standard : RM9,998 (Ebony Black dan Pure White)
  • Special Edition : RM10,298 (Matte Green dan Wolf Grey)

Skuter tersebut menggunakan enjin 150cc, silinder tunggal, 4-lejang yang menghasilkan kuasa 10.8kW @ 8,000rpm dan tork 14.5Nm @ 6,000rpm bersama transmisi CVT.

Keselesaan tunggangan diserahkan kepada fork teleskopik (depan) dan lengan ayun tunggal (belakang) bersama Brek Anti Kunci (ABS) dua saluran. 



Ia kemudian disempurnakan dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang meminimumkan gelinciran dan meningkatkan kestabilan.

Skuter dengan berat 153kg itu dilengkapi tangki minyak bersaiz 15 liter yang sesuai untuk tunggangan bandar sekaligus mengurangkan kekerapan isian bahan api.

Rekaan moden SYM Husky 150 diserlahkan menerusi rekaan lampu utama LED lebih tajam dan dipadankan dengan lampu belakang LED bentuk penukul.

Pelana yang ergonomik dan pemijak kaki lebih lapang meningkatkan keselesaan rider dan penumpang terutamanya untuk tunggangan jauh. Manakala visor depan meminimumkan terpaan angin terus ke muka.

Ciri peralatan lain yang ditawarkan termasuklah ruang simpanan bawah pelana bersaiz 22 liter, tayar dua fungsi on/off road, ruang simpanan bahagian depan, sistem keyless, pengecas USB, ciri keselamatan tongkat sisi dan panel instrumen TFT 5-inci. 

Pesaing kepada Honda ADV 150 dan Yamaha NMAX itu turut dilengkapi dengan mod pencucuhan kecemasan yang membolehkan pemilik menghidupkan enjin walaupun bateri kunci lemah.

Sudahpun berada di pasaran, SYM Husky 150 didatangkan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau perbatuan 20,000km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings.

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here