KTM Duke 390 (2024) bakal lancar hujung bulan ini?

160

KTM Duke 390 (2024) diperkenalkan tahun lalu di pasaran global yang mana naked bike itu mendapat naiktaraf kerangka baharu dan enjin dipertingkatkan. 

Khabar yang Motoqar terima, dipercayai Duke 390 bakal diperkenalkan ke pasaran tempatan penghujung April ini. 



Menurut sumber boleh dipercayai, wakil jualan sudahpun diberi taklimat dan melihat model tersebut sekitar awal Mac lalu. Pada acara itu, difahamkan pihak pengeluar turut mempertontonkan Duke 250.

Adakah KTM Malaysia bakal memperkenalkan kedua-dua model serentak?, kita tunggu hari pelancaran nanti. 

OUTPUT NAIK 2HP 

Model Duke 390 (2024) kini didatangkan dengan enjin bersesaran 393cc berbanding sebelumnya 373cc. Sekaligus meningkatkan output menjadi 44hp dan tork 39Nm berbanding 42.9hp dan 37Nm sebelumnya.

Selain enjin, perubahan terbesar lain adalah rangka yang dikatakan menawarkan pengendalian lebih baik.

Casis trellis Duke 390 kini terdiri daripada rangka utama trellis keluli yang dipadankan dengan sub-bingkai aluminium tempaan tuangan terap. Lengan ayun aluminium juga baharu dengan reka bentuk melengkung untuk menampung monoshock yang diletakkan di luar tengah bingkai.

Ketinggian pelana Duke 390 boleh dilaraskan dengan mengalihkan pengatur jarak antara 820mm dalam standard dan 800mm bagi mod rendah dengan berat jentera 165kg. 

Naiktaraf lain termasuklah  pakej elektronik yang merangkumi ‘launch control’ dan tiga mod tunggangan Rain, Street dan Track.

Duke 390 kini didatangkan dengan panel meter digital 5- inci baharu yang boleh disambungkan pada telefon pintar di samping tawaran ‘Turn-By-Turn Navigation’. 

Naked bike itu juga bukan sahaja dilengkapi ABS dwi-saluran malah Sistem Brek Anti Kunci (ABS) selekoh dan Supermoto ABS.  

Motoqar sudahpun menghubungi Eurotech Wheel Distribution Sdn Bhd dan menunggu respons daripada mereka.

 

 

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here