#TahukahAnda: Mengapa bas sekolah dicat warna kuning, selain keselamatan ini sebabnya…

470

Mengapakah bas sekolah dicat dengan warna kuning?. Dalam kehidupan seharian warna memainkan peranan utama. 

Panjang gelombang dan kekerapan warna menentukan ciri dan kegunaannya dalam kehidupan manusia.

Misalnya, merah digunakan untuk bahaya atau ‘berhenti’ pada lampu isyarat dan kuning pada badan bas sekolah.



MATA MANUSIA SENSITIF PADA WARNA KUNING

Ini kerana mata manusia paling sensitif kepada warna kuning dan kurang sensitif pada warna ungu dan merah.

Kajian menyatakan penglihatan manusia mengesan warna kuning 1.24 kali ganda lebih pantas berbanding warna merah waima menerusi pandangan sisi. 

Warna kuning juga paling menyerlah pada mata manusia walaupun ketika gelap serta ia boleh dilihat walaupun dalam hujan, kabus dan embun.

Selain itu, faktor lain adalah keselamatan bagi mengurangkan kemungkinan kemalangan kerana bas sekolah dapat dikenalpasti dengan mudah oleh pemandu lain dan jarak yang selamat dapat dikekalkan.

SEJARAH WARNA KUNING BAS SEKOLAH

Penggunaan warna kuning pada bas sekolah bermula 1939, di Amerika Utara. Warna itu secara rasmi dinamakan bas sekolah kebangsaan krom yang kini ditukar kepada bas sekolah kebangsaan kuning berkilat di Amerika dan Kanada.

Dr Frank W Cyr dikenali sebagai bapa bas sekolah kuning sejak beliau membawa perubahan pada April 1939 selepas mengadakan persidangan dengan pegawai pengangkutan, pendidik, dan juga pakar cat.

Tahun sebelumnya, pada 1938, Cyr melakukan penyelidikannya sendiri dan mendapati tiada piawaian untuk warna pengangkutan sekolah. Persidangan itu diadakan selama tujuh hari, dan menyediakan panduan pembinaan bas sebanyak 42 muka surat. 

Panduan itu mengandungi piawaian warna cat kuning yang dipanggil bas sekolah kebangsaan krom. Bas sekolah krom itu berwarna kuning terang mirip warna lemon.

Namun, lama kelamaan kuning itu menjadi lebih lembut dan ‘sejuk’. Pada hari ini, kebanyakan garis panduan telah berubah, tetapi bukan warna kuning.

APA KATA ANDA?

Please enter your comment!
Please enter your name here